JANGANLAH CURI ROTI SAYA! SAYA BUTA - NENEK

Published by
KitaReporters
KERJA keras adalah kunci seseorang untuk dapat bertahan hidup.  Begitulah, yang dilakukan oleh wanita berusia 71 tahun ini, yang terus berjuang walaupun dengan keterbatasan keadaan tubuhnya. : KitaReporters.com 

Nenek Nid walaupun buta tapi terus berjual roti untuk mencari rezeki. - Foto Facebook WorldofBuzz

Baru-baru ini, sebuah akaun Facebook @I AM EAT dijadikan rujukan dalam laporan World of Buzz yang menceritakan kisah seorang nenek berusia 71 tahun yang bekerja sebagai penjual roti.

Dia dikenali sebagai Nenek Nid, seorang wanita buta dan hidup sebatang kara dengan menyambung hidup sebagai penjual roti.

Antara roti jualan nenek Nid. - Foto Facebook WorldofBuzz


Wanita ini buta dan hidup sebatang kara, tanpa memiliki anggota keluarga mahupun teman. Dia dilaporkan hidup sebatang kara selepas ibunya meninggal. 

Namun, kekurangannya tidak membuatnya berdiam diri. Dia tetap berusaha mengais rezeki, meskipun dalam keadaan yang kekurangan dan kepayahan.

Sebagai punca pendapatan, Nenek Nid akan mengambil roti dari kilang dan menjualnya kembali kepada pelanggan. Dia membuka kedainya setiap pukul dari 7 pagi hingga  2 atau 4 petang.

Nenek Nid menjual rotinya pada harga 50 baht (RM7) dengan keuntungan cuma 5 bath (70 sen) sahaja. 

Meski dijual murah, kenyataanya masih ramai orang-orang yang berbuat jahat pada nenek Nid.

Nenek Nid terpaksa menulis surat peringatan agar tidak mencuri roti jualannya, Foto: Facebook WorldofBuzz.


Menurut Nenek Nid, beberapa orang seringkali mencuri rotinya, kerana dirinya buta serta selalunya bersendirian semasa berniaga.

Bahkan, kerana banyak yang sering mencuri rotinya, nenek Nid sampai terpaksa membuat tulisan peringatan yang berbunyi: "Itu tidak baik mencuri roti kerana saya cacat."

Meskipun demikian, nenek Nid tidak pernah putus asa dan terus menjual rotinya demi menyambung satu kehidupan.

Walaupun berdepan masalah budak-budak nakal mencuri rotinya, boleh dikatakan setiap hari, stok roti Nenek Nid sering habis dibeli oleh pelanggan. - KitaReporters.com

0
0
0
0
0

Copy Link: