CINTA BERTAUT KETIKA GUNUNG BERAPI MELETUP
Published by"KALAU dah jodoh tak ke mana." Mungkin ini pepatah yang sesuai bagi pasangan pengantin Chino dan Kat Valtor di Filipina. Mereka berkahwin ketika Gunung Taal diramal akan meletup. : KitaReporters.com
Pasangan Chino dan Kat Valtor semasa majlis perkahwinan mereka berlatar belakang letupan Gunung Taal. - Gambar Randolf Evan.
Kira-kira seminggu lalu, pasangan ini tetap mahu melafazkan ikrar perkahwinan mereka, walaupun mendapat amaran Gunung Taal, salah satu gunung berapi paling aktif di sana diramal meletup.
Pasangan ini tidak mahu menangguhkan perkahwinan, tetapi mengambil langkah berhati-hati dengan memantau dan mengemas kini setiap masa maklumat mengenai aktiviti gunung berapi tersebut secara dalam talian.
Apa yang lebih menakjubkan, tarikh 12 Januari 2020 itu bakal mencatat sejarah apabila jurugambar perkahwinan Randolf Evan bukan sahaja merakam kenangan manis pasangan pengantin, tetapi juga letupan yang berlaku semasa pasangan pengantin melafazkan perkataan ‘I do’.
Detik-detik Gunung Berapi Taal meletup sebagai latar belakang perkahwinan yang mungkin tidak dapat dirakamkan lagi selepas ini.
Lokasi majlis hanya kira-kira 16 kilometer dari Gunung Taal, malah seminggu sebelumnya, gunung tersebut telah mula mengeluarkan asap menyebabkan kira-kira 8,000 penduduk dipindahkan dan amaran dikeluarkan.
Randolf yang
merakamkan momen indah pasangan pengantin sebenarnya bimbang jika aktiviti
gunung berapi akan menghalang majlis berkenaan.
“Kami semua
bimbang dan risau sehinggakan kami sentiasa memantau media sosial mengenai
apa-apa laporan terkini mengenai gunung berapi berkenaan,” katanya sebagai dipetik oleh CNN.
Malah
mereka semua sedar mengenai amaran dan bahaya yang diumumkan secara langsung
dan telah berbincang mengenai rancangan lain jika perkara buruk berlaku.
Lokasi majlis perkahwinan Chino dan Kat hanya lebih kurang 16 kilometer dari Gunung Taal. - Gambar Randolf Evan.
Randolf
bukan sahaja dapat merakamkan peristiwa bersejarah pasangan berkenaan, tetapi juga
detik-detik gunung berapi Taal meletup sebagai latar
belakang yang mungkin tidak dapat dirakamkan lagi selepas ini. - KitaReporters.com