BUKAN sahaja soal usia yang memeranjatkan malah kekayaan seorang ‘YouTuber’ cilik berusia lapan tahun, Ryan Kaji dari Texas, Amerika Syarikat ini, yang memperoleh pendapatan mencecah AS$26 juta (RM107.6 juta) bagi tahun, membuatkan dunia seakan tidak percaya. : KitaReporters.com

Ryan Kaji, Youtuber terkaya bagi tahun 2019.


Berdasarkan perkongsian dari majalah Forbes, pendapatan sebesar itu telah menjadikannya kanak-kanak dan ‘content creator’ dalam laman perkongsian video YouTube dengan bayaran tertinggi.

Ramai yang menjadi pengikut tegar media sosial tetapi tidak mampu menjana pendapatan sehebat Ryan yang mula terkenal dalam YouTube melalui saluran Ryan Toys Review.

Anak pasangan ibu berbangsa Vietnam juga bekas guru sains dan bapa berbangsa Jepun dari Cypress, Texas itu begitu keletah dan lincah dengan pelbagai aksi dalam videonya.

Ryan bersama ibu bapanya.

Ryan bersama dua adik kembarnya.


Pada awal kewujudan, Ryan Toys Review pada 2015 ketika Ryan berusia tiga tahun hanya memaparkan aksinya membuka kotak mainan, dilengkapkan dengan komen berserta latar belakang muzik.

Kini, Ryan Toys Review dikenali sebagai Ryan’s World; wujud sebagai saluran kanak-kanak dengan 23 juta pelanggan.

Nama saluran itu ditukar apabila terdapat bantahan dari sebuah organisasi hak pengguna, Truth Advertising, yang menuduh saluran itu tidak menyatakan dengan jelas sama ada video-video yang disiarkan itu ditaja atau tidak.

Comel, Ryan di dalam video YouTube di awal kemunculannya.


Pelbagai barang permainan yang diulas dalam setiap videonya dan disukai kanak-kanak berumur antara lima hingga 10 tahun.


Bijak, menunjukkan permainan dimiliki hingga membuatkan penonton teruja.


Dalam pada itu, pengaruh Ryan juga menarik perhatian Badan Perdagangan Amerika (US Federal Trade Commission atau FTC) ekoran pengakuan ada jenama yang membayar untuk muncul dalam saluran Ryan Toys Review.

Setakat ini, belum ada laporan FTC sudah mengambil tindakan ekoran aduan yang dibuat oleh badan pengawasan pengguna, Truth in Advertising.

Justeru itu, FTC mencadangkan agar pengunjung saluran berkenaan diberi kesedaran bahawa barangan permainan dimuatkan dalam saluran Ryan Toys Review itu adalah kandungan berbayar.

Ekoran daripada pertikaian itu, ibu bapa Ryan mewujudkan produk dan jenama sampingan (spin-off) seperti menerbitkan permainan video kanak-kanak, video pendidikan, mengeluarkan produk makanan segera, kelengkapan bilik tidur kanak kanak dan banyak lagi.

Ryan bersama produk jenamanya sendiri.


Sementara itu, majalah Forbes telah menganggarkan keluarga Ryan meraih pendapatan hampir AS$22 juta (RM91 juta) setahun melalui usaha penjenamaan dan pemasaran hasil populariti Ryan’s World.

Mengikut ranking Forbes, Ryan Kaji memintas saluran ‘Dude Perfect’ yang berada di tempat kedua dengan pendapatan mencecah AS$20 juta (RM82.8 juta).

‘Dude Perfect’ merupakan sekumpulan sahabat dari Texas yang memaparkan cubaan mereka melakukan beberapa aksi sukar seperti cuba menjaringkan bola keranjang dari atas bangunan atau helikopter. - KitaReporters.Com


0
6
0
0
1

Copy Link: