HEY! HEY! MANA MAU LARI? MEDIA SOSIAL "ADA"...
Published bySELEPAS video pelajar bergaduh sesama sendiri atau membuli rakan mereka tersiar dalam media sosial, terus ada yang kena "cekup" dengan pihak berwajib. Terbaru, ada pekerja restoran dikatakan mengejek seseorang kerana dia gemuk, lantas restoran berkenaan mengambil tindakan disiplin. Tak boleh lari dah... daripada "didedahkan" oleh media sosial. : KitaReporters.com
Maka, jangan ingat kita boleh lari bila membuat kesalahan... seperti kes terbaru ini.
Boleh dikatakan pada zaman sekarang netizen sering memalukan orang lain dengan mengejek rupa atau saiz badan atau body shaming.
Sebagai seorang manusia kita tidak boleh menghina fizikal seseorang kerana ini akan menyebabkan seseorang berasa rendah diri.
Baru-baru ini tular di media sosial tentang seorang pemuda berkongsikan resit yang diperolehi dengan membuat body shaming ke atas dirinya semasa menikmati hidangan di Secret Recipe.
Dalam perkongsian beliau di Facebook, beliau mohon agar Secret Recipe Malaysia untuk menasihatkan staff ini agar tidak memasukkan catatan yang tidak penting ketika mengambil pesanan dari pelanggan.
Pemuda yang memiliki akaun FB bernama Nazly Rosli telah meluahkan rasa kesalnya terhadap servis juruwang di Secret Recipe tersebut yang telah melakukan body shaming terhadap beliau.
"Saya minta no whipped cream untuk ice choc, tetapi pesanan yang ditaip, 'gemuk tak nak cream'.
"Saya tertanya-tanya apakah mesej itu sebenarnya ditujukan kepada beliau atau kepada staff yang menyediakan pesanan itu."
Bukan itu sahaja, apa yang mengejutkan lagi apabila kakitangan di restoran tersebut berbual dengan kuat bagaimana minuman itu dibuat oleh rakan sekerja mereka dan menyebut 'potong kaki'.
"Bayangkan kalau pelanggan lain yang cerewet dapat resit seperti ini. Tak salah untuk bergembira di tempat kerja tetapi tolonglah profesional."
Tidak dibiarkan berpanjangan, difahamkan pengadu telah dihubungi oleh pihak restoran untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
Rata-rata netizen berasa sangat kecewa dengan sikap pekerja ini yang sanggup melakukan body shaming terhadap pelanggan.
Oleh kerana itu, Secret Recipe telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu ini yang memaklumkan perkara itu telah ditangani dan diselesaikan.
"Secret Recipe telah memandang masalah serius ini terhadap kakitangan yng terlibat dan tidak dapat diterima dan ia bertentangan dengan garis panduan pekerja kami.
"Kami akan mengambil tindakan segera untuk menghubungi pihak yang terlibat dan bakal mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan.
"Kami bersungguh-sungguh memohon maaf kepada pihak tersebut," menurut kenyataan Secret Recipe.
Kepada anda semua, perlu diingatkan bahawa body shaming tidak boleh dibuat main-main kerana ini akan menyebabkan seseorang kurang keyakinan diri. - KitaReporters.com