[VIDEO] TERCAMPAK SELEPAS KERETA DILANGGAR!!
Published byKEMALANGAN jalan raya sering kali berlaku tanpa kita semua duga kerana masalah pemandu yang cuai atau melanggar undang-undang jalan raya. Terkini kecoh di media sosial dengan sebuah kemalangan yang berlaku di Pedas, Linggi Negeri Sembilan akibat pemandu lain. : KitaReporters.com
Kejadian yang dikatakan berlaku pada Isnin, 10 Februari 2020 membuatkan seorang kanak-kanak tercampak keluar dari kereta di tengah-tengah lebuh raya.
Ini berlaku kerana sebuah Perodua Myvi (putih) dan sebuah Honda Jazz (biru) yang sedang berlumba telah melanggar kereta keluarga ini sehingga menyebabkan kanak-kanak ini tercampak keluar dari kereta.
Rakaman semasa kejadian berlaku ini berjaya dirakamkan oleh sebuah dashcam kereta lain yang memaparkan kanak-kanak tersebut terpelanting.
Apa yang paling memeranjatkan buat semua orang adalah kanak-kanak itu tidak dilanggar oleh kenderaan lain kerana sempat berhenti.
Bukan itu sahaja, ramai orang yang turut berhenti dan memberi bantuan kepada kanak-kanak tersebut.
Namun ada antara netizen yang mempersoalkan tahun rakaman itu, dan ia adalah kesalahan teknikal kerana pemilik kereta tidak menetapkan tetapan yang betul.
Menurut pengguna Facebook itu lagi, suspek telah berjaya ditahan menerusi perkongsiannya pagi tadi Selasa, 11 Februari 2020.
Kini, kanak-kanak tersebut sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban kerana mengalami kecederaan pada bahagian muka.
Semoga kejadian ini memberi peringatan kepada ibu bapa yang memandu bersama-sama anak-anak agar sentiasa waspada mengenai keselamatan mereka.
Ini termasuk menggunakan tali pinggang keselamatan, walaupun duduk di bahagian belakang serta pintu-pintu kereta ditutup serta dikunci dengan kemas. - KitaReporters.com
Gambar rakaman video yang menunjukkan kanak-kanak tercampak dari kereta selepas dilanggar oleh sebuah kereta lain yang sedang berlumba.
Kanak-kanak yang tercampak dari kereta dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban kerana mengalami kecederaan pada bahagian muka.