PENYAMUN LONGLAI 'DIBELASAH' NENEK 'POWER'
Published by
KITA sering mendengar kisah seorang warga emas yang cedera teruk ‘dikerjakan’ oleh pencuri yang memecah masuk ketika sendirian di rumah. Tapi berbeza di Rochester, New York, Amerika Syarikat apabila kisah itu menjadi ‘terbalik’ selepas seorang penyamun cedera parah ketika cuba memecah masuk rumah milik seorang warga emas, baru-baru ini. : KitaReporters.com
WILLIE Murphy sempat menuangkan syampu kepada penyamun sebagai langkah keselamatan dirinya ketika rumahnya dipecah masuk baru-baru ini.
Apa tidaknya! Kediaman yang dIpecah masuk itu bukan calang-calang orang kerana warga emas berkenaan adalah bekas peninju hebat
Malah wanita berusia 82 tahun dan memiliki
ketinggian sekitar tiga kaki itu berupaya mengangkat daya seberat 102 kilogram
dan pernah dinobatkan Anugerah World Natural Powerlifting Federation Lifter of
the Year pada tahun 2014!
Ibarat buku
bertemu ruas, mungkin itu yang sesuai diperkatakan selepas penyamun yang
berusia 28 tahun cuba memecah masuk ke rumah Willie Murphy yang tinggal
bersendirian.
WALAUPUN kelihatan uzur pada usia 82 tahun, namun Murphy masih kuat dan bertenaga.
Ketika
kejadian tersebut, Murphy sedang bersiap sedia untuk masuk ke bilik tidurnya, namun didatangi seorang lelaki mahu meminta pertolongan untuk menghubungi
ambulans.
Wanita besi
itu kemudian bertindak menghubungi pihak polis sebagai persediaan keselamatan
dirinya dan tidak membenarkan penyamun tersebut masuk ke dalam rumahnya.
Tindakan itu
membuatkan si penyamun semakin berang sebelum memecah masuk rumahnya.
MURPHY membelasah penyamun berkenaan dengan sekuat hati demi keselamatan dirinya.
Menyedari dirinya berhadapan dengan situasi
yang bahaya, Murphy sempat bersembunyi di dalam kegelapan rumah dan mencari
sesuatu untuk menyelamatkan dirinya.
Lalu, dia
telah mengangkat sebuah meja dan memukul penyamun itu.
“Penyamun berkenaan mungkin tersalah pilih rumah untuk melakukan aktiviti jenayahnya.
"Saya membelasahnya sekuat hati dan berkata kepada diri sendiri, jika ini masanya untuk saya mati, saya akan membawa dia bersama saya!” katanya.
Bekas
peninju wanitu kemudian terus ‘beraksi’ dengan memukul lelaki itu
sehingga meja tersebut pecah.
Tidak
terhenti begitu sahaja, dia turut menggunakan kaki meja yang diperbuat daripada
besi sebelum terus menghentam lelaki tersebut.
Akui Murphy
lagi, dia sempat menuangkan syampu ke arah muka penyamun itu sambil memukulnya
lagi dengan sebatang penyapu.
“Saya berlari
ke dapur, saya ambil syampu bayi dan curahkan ke atas mukanya. Dia cuba untuk
bangun tetapi saya memukulnya dengan penyapu,” katanya.
Tidak
beberapa lama kemudian, pihak polis tiba di pekarangan rumahnya dan menahan
lelaki durjana berkenaan.
Walaupun sudah berusia namun Murphy masih melakukan rutin bersenam setiap masa.
Lebih
melucukan apabila ‘permintaan’ lelaki ini untuk mendapatkan ambulans pada awal
kedatangan ke rumah peninju itu menjadi realiti apabila terpaksa dikejarkan ke
hospital untuk rawatan lanjut.
Inilah
dikatakan buku bertemu ruas, jangan disangka warga emas itu lemah dan yang muda
itu kuat!
Jom kita saksikan kisah wanita besi berkongsi pengalaman ketika berdepan penyamun durjana di rumahnya. - KitaReporters.com