YAKIN KUAT, AHLI BINA BADAN KORBAN COVID-19
Published byBEKAS ahli bina badan China hanya mampu bertahan empat hari sahaja menerima rawatan selepas dimasukkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia berikutan positif koronavirus. Qiu Jun, dimasukkan ke hospital di bandar Wuhan selepas enggan menggunakan penutup muka semasa berada di luar rumah. : KitaReporters.com
WALAUPUN Qiu Jun berusia 72 tahun, namun bekas ahli bina badan ini masih kelihatan kuat dan aktif. - Foto AsiaWire.
Malah, memetik laporan Dailystar, lelaki berusia 72 tahun itu mengaku masih kuat serta aktif dan dilihat sering melakukan senaman secara terbuka tanpa menggunakan alat perlindungan diri ketika berada di Zhongshan Park.
Lelaki warga emas itu juga turut mengunjungi gimnasium di bandar Wuhan, walaupun kerajaan tempatan menguatkuasakan perintah berkurung sejak 23 Januari 2019.
Namun sikap keras kepala membuatkan dia terus 'bebas' melakukan senaman dan aktiviti harian tanpa mempedulikan kesihatan diri.
Bagaimanapun selepas beberapa hari ‘bebas’, Qiu Jun kemudian mengadu tidak sedap badan sebelum dihantar oleh menantunya ke Hospital Union Wuhan.
DIa kemudian dimasukkan ke hospital pada 28 Januari 2020.
Namun, selepas beberapa hari di hospital, pasukan perubatan melakukan ujian ke atasnya dan dia didiagnosis positif penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) pada 2 Februari 2020.
QIU JUN (kiri) ketika menyertai pertandingan dunia bina badan pada tahun 2018. - Foto AsiaWire.
Qiu Jun kemudiaan dipindahkan ke wad isolasi di Wuhan Red Cross Hospital pada keesokan harinya, sebelum meninggal dunia empat hari kemudian.
Semoga ini menjadi peringatan kepada semua, termasuk kita di Malaysia.
Semua pihak kena bersikap berhati-hati dan waspada. Bila berada di luar dan dalam kumpulan yang besar, sila guna alat pelindungan seperti topeng mulut.
Lebih baik mencegah daripada mengubat, kan?? - KitaReporter.com