KERANA SUAMI BAHARU, ANAK KECIL DIBUANG IBU

Published by
KitaReporters
BAGI pasangan yang berkahwin dalam tempoh lama pasti menginginkan zuriat sendiri, pelbagai usaha dilakukan bagi melahirkan zuriat sendiri. Berbeza dengan pasangan yang dikurniakan anak pula kerana tergamak ‘membuang’ darah daging sendiri yang dikandung 9 bulan 10 hari. : KitaReporters.com

IBU kanak-kanak dikatakan menghantar kanak-kanak ini ke rumah kebajikan selepas dipercayai sering didera oleh suami baharunya. - Kredit foto FB Ake Srisuwan 


Itu yang berlaku kepada seorang ibu muda dari Thailand  apabila sanggup menghantar anak kandungnya ke rumah kebajikan semata-mata mengikut kehendak suami baharunya.

Dimana naluri seorang ibu kepada si anak tersebut!

Mungkin inilah yang berlaku akibat penceraian antara suami isteri, menjadi mangsa adalah anak kecil yang tidak berdosa sedangkan mereka masih inginkan kasih sayang individu yang bernama ibu dan ayah.

Kisah yang dikongsi dalam Facebook oleh seorang warga Thailand dikenali sebagai Ake Srisuwan (https://www.facebook.com/ake.sreesuvan.3) mendapat pelbagai respons yang rara-ratanya mengecam dan memarahi tindakan ibu muda tersebut.

KESAN lebam dan cubitan yang dipercayai dilakukan bapa tiri dan ibunya sendiri. - Kredit foto FB Ake Srisuwan  


Bak kata pepatah Melayu, nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan; Buang emak buang saudara, Kerana kasih hamba turutkan!.

Mungkin ini sesuai diperkatakan dengan kisah tersebut.

Ibu muda yang memakai topi keledar itu dikatakan membawa kanak-kanak perempuan itu ke rumah kebajikan di Daerah Mueang, Wilayah Lopburi selepas meminta anaknya yang berusia dua tahun itu menekan loceng rumah berkenaan.

Apabila kakitangan bertugas membuka pintu, dia melihat seorang kanak-kanak berusia lingkungan umur 2 tahun membawa beg itu berserta satu keping surat.

Melalui penulisan tersebut, ibunya memberitahu dia tidak mampu menjaganya kerana miskin dan suami baharunya tidak menerima kanak-kanak perempuan itu sebagai anak.

“Saya ingin meminta jasa baik Krisana Chomprasert atau GSB untuk menjaga anak ini secara terus (kekal). 

"Ini kerana saya tidak dapat menjaga anak ini dengan baik serta memberikan masa depan yang baik kerana saya miskin.

“Saya ada keluarga baru dan suami saya yang baru tidak mahukan anak ini dan tidak menerima anak ini sebagai anaknya. Maaf terpaksa buat begini dan inilah yang terbaik,” tulis surat berkenaan.

KESIAN... tergamak diperlakukan kepada si kecil berkenaan. - Kredit foto FB Ake Srisuwan  


Lebih menyedihkan, tubuh comel si kecil itu dipenuhi cubitan dan kesan lebam yang dipercayai didera oleh suami baharu ibunya.

Langsung tiada perikemanusiaan terhadap si kecil berkenaan! Di mana naluri ibu berkenaan!

Sayu hati melihat gambar yang dikongsikan, kanak-kanak tersebut membawa satu plastik pakaian, patung mainan serta sekeping surat tulisan daripada ibu kandungnnya.

Mungkin kerana faktor itu, ibunya mengambil keputusan untuk meninggalkan anaknya ke rumah kebajikan agar kanak-kanak ini terpelihara.

Namun demikian, kedatangan anak malang ini mendapat sambutan baik daripada pihak pusat tersebut.

Malah, pihak mereka membawa kanak-kanak ini ke hospital untuk pemeriksaan lanjut berkaitan parut yang dikatakan kesan daripada penderaan pasangan tersebut.

Tergamak memperlakukan kepada si kecil yang tidak berdosa itu walaupun dikatakan degil dan nakal.

Apalah nasib si anak berkenaan, semoga membesar dan menjadi manusia berguna pada masa depan, walaupun ibumu tergamak melakukan sedemikian semata-mata sayangnya kepada suami baharu. - KitaReporter.com

KANAK-KANAK berkenaan hanya tersenyum walaupun telah dibuang oleh ibunya sendiri. - Kredit foto FB Ake Srisuwan  

 

 

0
0
8
0
0

Copy Link: