NAK SOROK MANA? BANGLO MEWAH PUN DISERBU
Published by
KitaReporters
--title--
TAKTIK menyorok dengan menjadikan banglo mewah di kawasan perumahan elit yang dilengkapi dengan sistem keselamatan tinggi nampaknya terbukti tidak kebal juga apabila sindiket aktiviti dalam talian yang melibatkan warga asing turut diserbu oleh pihak berkuasa. : KitaReporters.com
Pengarah
Imigresen Perak, Kamalludin Ismail (tengah) menunjukkan sebahagian barang yang dirampas dalam serbuan di sebuah banglo mewah di Taman Tun Dr. Ismail di Ipoh pada 9 Disember 2019.
Malah,
taktik 'bersembunyi' tanpa sebarang pergerakan keluar masuk ke banglo
dua tingkat itu juga ternyata gagal dalam mengaburi mata pihak berkuasa untuk menjalankan penguatkuasaan.
Ini
terbukti apabila ketangkasan Jabatan Imigresen Perak dalam melakukan
risikan berjaya memberkas seramai 40 individu warga China termasuk dua
wanita dalam serbuan di sebuah banglo di Taman Tun Dr. Ismail di Ipoh pada Isnin (9/12/2019) lalu.
Dalam
serbuan antara pukul 4.30 hingga 6.30 petang itu, kesemua warga asing
yang dipercayai saki baki yang melarikan diri daripada operasi di
Cyberjaya bulan lalu itu berjaya ditangkap.
Pengarah
Imigresen Perak, Kamalludin Ismail berkata, kesemua suspek berusia
lingkungan 24 hingga 54 tahun itu ditahan kerana disyaki menjalankan
aktiviti haram dalam talian.
Menurutnya,
siasatan mendapati kegiatan tersebut disyaki dijalankan sejak dua
minggu lalu dan risikan dilakukan selama empat hari sebelum serbuan
dilakukan ke atas premis tersebut.
Katanya,
dalam serbuan itu, pihaknya merampas 80 unit telefon bimbit, 31 unit
komputer, tujuh modem Internet tanpa wayar (WiFi), 76 keping kad mesin
pengeluaran wang automatik (ATM), 20 keping kad kredit dari China, mata
wang pelbagai negara dan kad pengenalan negara China.
Sebahagian barang aktiviti dalam talian yang dirampas oleh Jabatan Imigresen Perak.
"Pemeriksaan mendapati rumah banglo dua tingkat itu dilengkapi sistem keselamatan dengan pagar elektrik yang tinggi dan automatik selain hanya boleh dimasuki oleh orang dikenali menerusi interkom.
"Pemeriksaan mendapati rumah banglo dua tingkat itu dilengkapi sistem keselamatan dengan pagar elektrik yang tinggi dan automatik selain hanya boleh dimasuki oleh orang dikenali menerusi interkom.
"Risikan
selama empat hari ke atas premis berkenaan juga mendapati tiada
pergerakan keluar masuk oleh penghuni di lokasi serbuan melainkan hanya
penghantaran barangan dari luar," katanya dalam sidang akhbar di Ipoh semalam (10/12/2019).
Kamalludin
berkata, pegawainya menyerbu masuk ke premis tersebut dengan memanjat
pagar ketika seorang daripada penghuni banglo itu membuka pintu untuk
membuang sampah.
Katanya,
ketika serbuan dilakukan, kebanyakan suspek sedang menjalankan aktiviti dalam talian di rumah banglo yang mempunyai lima buah bilik itu.
"Pemeriksaan
juga menjumpai kondom yang masih dan belum digunakan. Kita percaya
lokasi itu turut menjalankan aktiviti tidak bermoral, yang mana seorang
wanita berusia 24 tahun disyaki dijadikan tempat pemuas nafsu bagi 38
lelaki lain, manakala seorang lagi wanita pula bekerja sebagai tukang
masak.
"Siasatan awal
mendapati warga asing itu masuk ke negara ini dalam tempoh dua minggu
sebelum serbuan dijalankan dan tidak menolak kemungkinan mereka antara
suspek yang melarikan diri daripada serbuan sebelum ini. Bagaimanapun,
siasatan lanjut akan dijalankan," katanya.
Warga China yang ditangkap dalam serbuan di sebuah banglo di Taman Tun Dr. Ismail di Ipoh, Perak.Tambah beliau, usaha sedang dijalankan bagi mengesan dalang atau suspek lain termasuk warga tempatan yang kemungkinan bekerjasama dengan sindiket tersebut.
"Buat masa
sekarang siasatan ke atas semua suspek dijalankan atas kesalahan tinggal
tanpa pas yang sah dan salah guna pas untuk menjalankan aktiviti yang
tidak dibenarkan," katanya. - KitaReporters.com
7
2
0
0
0