DERITA SEORANG AKTRES, PELAKON JADI PELACUR
Published byKEJAYAANNYA menempa nama sebagai bintang pujaan datang secara mendadak. Namun kejatuhannya juga mendadak, umpama langit yang tidak selalu cerah. Kehidupan bahagia bertukar derita. Matinya dalam keadaan melarat dan hina. : KitaReporters.com
VIMI
Penampilan
dalam filem bagai ‘bulan jatuh ke riba’ bagi Vimi. Tanpa sebarang pengalaman
berlakon, pengarah dan produser filem
tersohor, B.R. Chopra memberi kepercayaan kepadanya menjadi heroin dalam filem Hamraaz
(1967).
Lebih
membanggakan dalam filem ini Vimi dibariskan dengan dua pelakon ternama
Bollywood, Raaj Kumar dan Sunil Dutt.
Hamraaz muncul sebagai filem blockbuster
dan seiring dengan itu, menjulang nama Vimi. Gambarnya terpapar dalam pelbagai majalah
utama, termasuk sebagai penghias kulit depan majalah popular Fanfare keluaran Mac 1968.
B.R. Chopra
gembira kerana keyakinan yang diberi kepada Vimi tidak sia-sia. Walau pun tanpa
pengalaman, Chopra dapat melihat bakat lakonan yang ada pada Vimi, lantas
memberikan watak utama kepadanya.
BERGANDINGAN dengan Sunil Dutt (atas kiri) dan Raaj Kumar dalam 'Hamraaz'.
Namun entah di mana silapnya, kejayaan tersebut tidak bertahan dan tidak membantu Vimi untuk terus menjadi bintang ternama.
Beberapa filem lakonannya selepas itu gagal di pasaran. Malah B.R. Chopra yang membawanya ke dunia filem tidak lagi memberikan tawaran berlakon kepadanya.
VIMI dan Sunil Dutt dalam satu adegan filem 'Hamraaz'.
Vimi, yang dilahirkan di Jalandhar, Punjab pada 1943 sudah berkahwin sebelum berlakon.
Suaminya ialah Shiv Agarwal, anak seorang usahawan. Perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak, lelaki dan perempuan.
Suaminya
merestui penglibatannya dalam filem walaupun ibu bapanya (mertua Vimi) menyisihkan
mereka kerana tidak bersetuju Vimi menjadi pelakon.
Pada satu majlis di Calcutta, Vimi diperkenalkan kepada Ravi, seorang pengarah muzik filem. Ravi menjemput Vimi dan suami ke Mumbai dan memperkenalkan mereka kepada B.R. Chopra.
Dari perkenalan itulah membawa Vimi ke dunia filem.
B.R. CHOPRA membawa Vimi ke layar perak.
VIMI bersama Shashi Kapoor dalam 'Patanga'.
Kejayaan Hamraaz membuka ruang berlakon yang luas kepada Vimi. Selepas Hamraaz, lulusan Kolej Sophia, Mumbai itu membintangi Aabroo pada 1968.
Malangnya filem ini gagal di pasaran dan secara mendadak menenggelamkan nama Vimi dalam industri. Walau tiada tawaran berlakon, gambarnya masih terpapar di majalah.
Pada 1971, Vimi menerima tawaran berlakon dalam Patanga berganding dengan aktor popular Shashi Kapoor.
Malangnya filem ini juga gagal untuk mengembalikan kegemilangannya. Dia bergandingan sekali lagi dengan Shashi Kapoor dalam Vachan pada 1974. Filem ini juga gagal.
Antara filem lakonan Vimi yang lain ialah Nanak Nam Jahaz Hai (1969), Guddi (1971), dan Kahin Aar Kahin Paar (1971). Filem terakhir ialah Premi Gangaram (1978).
VIMI cantik dan berbakat namun kejayaannya tidak bertahan.
Selepas kegagalan filem demi filem, Vimi mengasingkan diri dari dunia luar dengan membawa bersamanya rasa kecewa yang amat sangat.
Kehidupannya juga sudah tidak menentu ketika itu. Dia dikatakan didera oleh suaminya yang akhirnya membawa kepada perceraian.
Selepas bercerai, Vimi menjalankan perniagaan tekstil di Calcutta. Namun perniagaan itu juga gagal dan dia mengalamai kerugian yang teruk.
Bisnesnya terpaksa dijual untuk membayar segala hutang.
Kecewa dengan kegagalan dalam lakonan dan perniagaan serta tekanan keruntuhan keluarga, hidup Vimi tidak tentu arah dan tidak terurus.
Ingatannya juga terganggu. Dia mula belajar berjinak-jinak dengan arak konon untuk mencari ketenangan. Akhirnya dia ketagih arak.
Akibat ketagihan arak yang semakin teruk, tanpa sumber pendapatan dan kedudukan kewangan semakin tenat, tidak banyak pilihan untuk Vimi mencari wang bagi memuaskan nafsu araknya.
Akhirnya dia sanggup menjadi pelacur. Hari ini di hotel sini, hari esok di hotel sana.
VIMI...Kejayaannya mendadak, kejatuhannya juga mendadak.
Ketagihan kepada arak memusnahkan saki baki hidup Vimi. Hatinya rosak teruk akibat minum arak.
Dia menderita sakit dan dimasukkan ke wad biasa Hospital Nanavati, Mumbai, kerana tidak mempunyai wang untuk wad lebih baik.
Sakitnya membawa maut. Vimi mati di hospital berkenaan pada Ogos 1977 pada usia muda, 33 tahun.
Punca kematian kegagalan fungsi hati. Matinya dalam keadaan miskin, sunyi, keseorangan, tidak dipedulikan dan tanpa kasih sayang.
Amat memilukan tiada teman atau saudara yang sudi membawa mayat bekas bintang ternama Bollywood ini ke tempat persemadian.
Akhirnya mayat terpaksa dibawa menggunakankereta sorong milik seorang penjual teh.
Begitu juga, tiada rakan Bollywood yang datang untuk memberi penghormatan terakhir, kecuali Sunil Dutt.
Vimi benar-benar telah terbuang dan dilupakan! - KitaReporters.com
VIMI dalam dua pose menarik.