BESTNYA!! BILA AYAH IBU 'MAKEOVER" KELAS ANAK

Published by
KitaReporters
SELALUNYA pelajar-pelajar di sekolah akan ditugaskan untuk menghias kelas mereka bersama teman-teman yang lain agar kelas tersebut kelihatan cantik dan kemas.  Ini juga sudah menjadi adat sejak dari dahulu lagi untuk para pelajar menghias kelas mereka untuk memenangi kelas paling tercantik. Tetapi berbeza pula dengan seorang bapa ini. : KitaReporters.com


https://twitter.com/akhifairuz_/status/1221771842827902979


Beliau dan isterinya mengambil keputusan untuk menghias kelas anak mereka yang merupakan murid tahun satu di sekolah tersebut pada cuti tahun baharu Cina 2020 baru-baru ini.

Ini telah dikongsikan oleh bapanya di Twitter sehingga menjadi tular dalam media sosial. Daripada sebuah bilik darjah yang suram, kini tersusun dan cantik seperti baharu.

Ubah suai bilik darjah anak

Beliau mendapat idea untuk menghias kelas anaknya kerana kelihatan tidak cantik dan terurus. Dari itulah beliau dan isteri minta izin guru untuk menghias kelas anaknya.

Banyak yang perlu diubah untuk mencantikkan kelas ini


Cat dinding




Dah macam set Ikea




Meja dipasang plastik



Pasang langsir baru



Wah, beruntung sasngat siapa dapat ayah macam ni kan? 

Semoga usaha bapa dan juga ibu ini dihargai oleh semua anak murid di dalam kelas tersebut. - KitaReporters.com

8
2
0
0
0

Copy Link: