HATI-HATI!! BEDAK J&J DITARIK DARI PASARAN AS
Published byJOHNSON & JOHNSON, satu jenama yang tidak asing lagi serta diminati di seluruh dunia, dan sudah berdekad-dekad mendakwa produknya selamat digunakan. : KitaReporters.com
Johnson & Johnson, satu jenama yang tidak asing lagi dan diminati seluruh dunia.
Bagaimanapun pada 26 November lalu, Johnson & Johnson telah menarik balik sejumlah 33,000 botol bedaknya di Amerika Syarikat selepas agensi Food and Drug Administration (FDA) negara itu menemukan asbestos di dalam produknya.
Pemangku Pesuruhjaya FDA, Dr Ned Sharpless dalam satu kenyataan memaklumkan ujian yang dijalankan oleh FDA mendapati bahawa tahap asbestos pada konsentrasi produk terbabit adalah tidak melebihi 0.00002% pada botol produk tersebut.
“Saya faham ramai pengguna yang menggunakannya terjejas. Namun saya ingin beri jaminan kepada semua penguna bahawa pihak kami akan mengambil serius perkara ini dan komited terhadap mandat kami untuk melindungi kesihatan awam,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Ibu pejabat Johnson & Johnson yang terletak di New Brunswick, New Jersey, Amerika Syarikat.
Syarikat yang bertapak di pasaran lebih 40 tahun itu bagaimanapun berkata bahawa pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada sampel
itu telah tercemar selepas dihasilkan, sama ada penutupnya telah rosak ataupun
sama ada sampel itu diambil daripada sebatian bedak Johnson & Johnson yang
asli.
Johnson & Johnson juga menegaskan bahawa pihak syarikat telah menjalankan beribu-ribu ujian sejak 40 tahun yang lalu, berulang kali untuk mengesahkan bahawa produk keluaran mereka kepada pelanggan tidak mengandungi bahan bahaya iaitu asbestos.
Penarikan produk tersebut dari rak kedai-kedai merupakan kali pertama yang berlaku melibatkan produk bedak jenama berkenaan setelah beberapa kali produk tersebut didakwa menyebabkan kanser ekoran kandungan berbahaya.
Tahun lalu, Johnson & Johnson berkata, penarikan produk bedak bayi syarikat tersebut hanya melibatkan produk yang dihantar ke Amerika Syarikat, namun hasil ujian yang dijalankan oleh pihak FDA pada bulan September lalu tidak menemui kandungan asbestos pada bedak jenamanya.
FDA telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan bahawa sampel terkini diambil semasa ujian kosmetik kandungan asbestos Johnson & Johnson bermula pada tahun ini.
Penarikan produk tersebut daripada rak kedai-kedai merupakan kali pertama yang berlaku melibatkan produk bedak Johnson & Johnson.
Sementara itu, profesor undang-undang di Universiti Rutgers, David Noll berkata, keputusan untuk menarik semula penjualan bedak jenama itu yang telah pun diedarkan adalah satu simbol ‘kekalahan’ bagi sebuah jenama besar yang sudah dipercayai sejak sekian lama seperti Johnson & Johnson.
“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang peguam wakil syarikat tersebut akan berdiri di hadapan juri bagi meyakinkan bahawa produk tersebut adalah selamat.
"Jika terdapat kaitan bahawa produk terunggul jenama tersebut (bedak bayi) dengan penyakit membawa maut, maka kebolehpasaran produk lain di bawah jenama itu akan terjejas," tambah Noll.
Buat masa ini,
jenama itu telah menyelesaikan beberapa tuntutan dan masih lagi berhadapan
dengan tuntutan yang lain, di mana ia melibatkan peranannya dalam krisis opioid
di seluruh negara.
Sebelum ini, syarikat itu bersetuju untuk membayar $117 juta (RM488 juta) atas kes pemasaran implan jejar pelvis transvaginal tiruan. - KitaReporters.com