KAKAK MATI KURANG NUTRISI KERANA SARA ADIK
Published byKASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa tetapi kasih sayang seorang kakak terhadap adiknya membawa ke liang lahat. : KitaReporters.com
Wu Huayan, 24, hanya makan nasi berlauk cili kerana menyara adiknya yang sakit mental. - Kredit foto BBC
Inilah yang berlaku kepada seorang pelajar perempuan di China yang meninggal dunia akibat masalah kekurangan nutrisi disebabkan kemiskinan.
Bukan sahaja miskin, tetapi pada masa yang sama si kakak terpaksa menyara adik lelaki kesayangannya yang sakit mental.
Memetik laporan akhbar China Beijing Youth Daily, Wu Huayan berusia 24 tahun meninggal dunia di Affiliated Hospital of Guizhou Medical University di bandar Tongren, China di mana dia mendapat rawatan sejak Oktober tahun lepas.
Ketika meninggal dunia beratnya hanya 21.5 kg dan tinggi 1.35 m.
Wu menjaga adiknya yang memerlukan rawatan kesihatan mental selepas ibu bapanya meninggal dunia sejak dia berusia empat tahun.
Adik-beradik ini tinggal di Guizhou salah satu wilayah di China. Wu adalah pelajar di Kolej Teknikal dan Vokasional Guihua Shenghua.
Bagi mengumpul wang rawatan adiknya, dia terpaksa ikat perut dengan hanya makan nasi berlauk cili hanya berharga 2 yuan (60 sen) sehari selama lima tahun.
Dia diberikan 300 yuan sebulan dari kerajaan negeri dan melakukan dua pekerjaan bagi mengumpul wang sebanyak 600 yuan sebulan.
Kebanyakkan wangnya diperolehi dibelanjakan untuk kos rawatan adiknya dan Wu tidak pernah memikirkan untuk dirinya.
Walaupun ada biasiswa semasa di universiti, Wu Huayan melakukan dua jenis pekerjaaan untuk mendapatkan duit rawatan untuk adiknya. - Kredit foto Weibo
Wu Huayan mula menunjukkan tanda-tanda tidak sihat dan kekurangan nutrisi sejak zaman persekolahan tetapi tidak pernah mndapatkan rawatan atas alasan tidak mahu membazir.
Keadaan dua beradik ini semakin baik apabila Wu masuk
universiti dengan adanya biasiswa selain melakukan dua jenis pekerjaan, tetapi
kesihatannya mula menurun sejak 2018.
Berita mengenai keadaan Wu tersebar apabila dia dihantar ke hospital dalam keadaan tenat.
Wu menderita kerosakan hati, keguguran rambut dan insomnia.
Sebelum meninggal dunia, Wu Huayan berhasrat untuk membeli beberapa perabut baru dan hidup bahagia dengan adiknya.
Wanita ini juga bercadang menderma organ selepas kematiannya dan impiannya telah dipenuhi oleh pihak hospital. - KitaReporters.com
Kredit foto https://www.dailymail.co.uk/home/index.html