[VIDEO] BAIKI KASUT DI JALANAN, CARI DUIT SAKU

Published by
KitaReporters

TIADA siapa yang minta dilahirkan di dunia dengan keadaan tidak bernasib baik kerana mengidamkan kehidupan yang sempurna. Namun kesusahan dan kesulitan yang dilalui sebenarnya mengajar erti bersyukur dengan apa yang kita ada. : KitaReporters.com

SELEPAS tamat waktu sekolah Manuelito mengambil upah membaiki kasut di jalanan. - Foto FB

Jernnanie Jethro Juaton (https://www.facebook.com/benasajethro)


Jika kita merasakan kehidupan kita sukar namun ada lagi insan yang melalui keperitan hidup.

Perkara sama dilalui dua remaja, Manuelito dan Micko Borhon dari Filipina ini yang tidak terus mengalah dengan keperitan hidup yang dilalui sebaliknya terus berusaha demi mengubah kehidupan mereka.

Dua beradik itu yang bersekolah di Palawan National School di bandar Puerto Princesa, yang terletak di Palawan, Filipina itu sanggup mencari duit poket sendiri.

Kisah kesungguhan mereka membantu orang tuanya dimuat naik oleh pengguna facebook, Jernnanie Jethro Juaton https://www.facebook.com/benasajethro/posts/2203496283061705 dan kisah tersebut dikongsika 5,500 netizen.

PASANGAN adik beradik itu tidak malu melakukan kerja membaiki kasut di jalanan. 


DUA beradik itu mencari duit poket semata-mata mahu membantu meringankan beban orang tuanya. 


Kedua-dua mereka mencari duit poket ke sekolah tanpa mahu menyusahkan kedua-dua orang tua dengan caranya tersendiri.

Selepas tamat sekolah, Manuelito yang berusia 13 tahun akan ditemani adik perempuan, Micko Borbon akan pergi membaiki kasut di jalanan.

Hasil upah tersebut biasanya akan digunakan untuk duit poket ke sekolah keesokan harinya.

Mereka akan membaiki sebanyak kasut yang boleh sehinggalah jumlah itu mencukupi untuk mereka berbelanja ke sekolah pada keesokan harinya.

Walaupun jadual hariannya yang padat yang terpaksa bekerja dan bersekolah dalam satu mas,a namun Manuelita dan Micko tidak pernah berasa malu dengan apa yang mereka lakukan.

DUA beradik itu akan menggunakan hasil upah membaiki kasut sebagai bekal untuk berbelanja ke sekolah pada keesokan harinya.


Menurutnya lagi, dia mahu membantu ibu bapa yang sedang mengumpul wang untuk membina sebuah kediaman untuk mereka sekeluarga.

Mulianya remaja… sanggup korban masa remajanya untuk bantu orang tuanya.

Kedua-duanya percaya bahawa mereka hanya melakukan apa yang perlu mereka buat agar dapat bersekolah dan mendapat pendidikan sewajarnya.

Hebat remaja ini… tidak ramai remaja hari ini sanggup bersengkang mata hanya kerana mahu membantu orang tua sendiri dan menghadkan aktiviti semata-mata.

Semoga sinar bahagia milik dua beradik dan keluarga mereka! - KitaReporter.com


6
11
4
0
0

Copy Link: