DEMI TUGAS! TAK PULANG ZIARAH IBU MENINGGAL
Published byPASTINYA kita akan bersedih jika mengetahui keluarga terdekat atau orang yang paling kita rapat ‘pergi’ meninggalkan kita. Semestinya, kita mahu berjumpa buat kali terakhir sebelum dihantar ke 'kampung abadi', walaupun jauh pasti kita mahu berjumpa sebagai penghormatan terakhir. : KitaReporters.com
TERKEDU...Wu Yang Ling menahan sedih selepas menerima berita kematian ibunya di kampung halaman Kumning, Yunnan. - Kredit foto: nextshark.com
Namun berbeza dengan seorang jururawat yang sedang bertugas menjaga pesakit yang disahkan positif COVID-19 di China.
Dia terpaksa melupakan keinginan untuk bertemu buat kali terakhhir dengan orang yang dia paling sayang semata-mata kerana terbatas dengan tugasnya.
Baru-baru tular sebuah video menunjukkan seorang jururawat yang bertugas di Wuhan tidak dapat menahan kesedihan apabila dimaklumkan tentang kematian ibunya.
Memetik laporan nextshark.com, jururawat wanita berkenaan yang sedang bertugas di Hospital Huoshenshan, Wuhan menerima panggilan dan mendapat tahu ibunya sudah meninggal dunia di kampung halamannya di Kumning, Yunnan.
Bagaimanapun,
Wu Yang Ling tidak dapat pulang bagi memberi penghormatan terakhir kerana
bertugas dan dikuarantin di hospital.
WU Yang Ling menahan kesedihan selepas dimaklumkan kematian ibunya. - Kredit foto: YouTube.
Dalam video itu menunjukkan Yang Ling menangis teresak-esak selepas mengetahui berita sedih itu.
Dia kelihatan tidak dapat menahan sedih ketika menerima panggilan video daripada salah seorang ahli keluarga.
Malah,
wanita tabah itu kelihatan menundukkan kepala sebagai penghormatan dari jauh
selepas mengetahui berita berkenaan.
Dia juga
kemudian kelihatan mundar-mandir di kawasan berkenaan mungkin sedang menerima
kenyataan pemergian orang yang paling penting dalam hidupnya.
Bagaimanapun,
dia bernasib baik kerana beberapa rakan sekerja yang juga jururawat
dan kumpulan perubatan yang mengelilingi diri yang kemungkinan cuba menenangkan
dirinya sebelum kembali meneruskan tugasnya.
Kuatnya dia…
Jom kita saksikan video ketika dia dihubungi oleh ahli keluarga memaklumkan berita sedih. - KitaReporter.Com
Kredit foto: mothership.sg