SIAPAPUN yang menderita penyakit kanser tahap akhir pasti diwarnai kesedihan kerana tidak lama lagi hidupnya mungkin akan berakhir.  Sama halnya dengan wanita bernama Pilaiwan Kimaphan, 38,  dari Wilayah Chachoengsao, Thailand yang didiagnosis menderita kanser hidung tahap akhir ini. : KitaReporters.com 

Montree dan Pilaiwan Kimaphan merupakan pasangan bahagia. - Foto ViralPress/MailOnline


Memetik laporan Mail Online, doktor menyatakan Pilaiwan tidak punya waktu banyak dan sekarang sudah terlambat untuk menyelamatkan hidupnya.

Jadi mengetahui perkara itu, dia menjadi sedih dan perkara yang paling membuatkannya sedih adalah dia takut jika suaminya berkahwin lagi bila dia meninggal.

Jirannya mengatakan, "Tuan Montree (suami Pilaiwan) sangat popular dalam  kalangan wanita di daerah itu." "Tetapi dia sangat mencintai keluarganya, dan pandai menjaga isteri serta anaknya, bahkan ketika Pilaiwan sakit teruk hingga tubuhnya menjadi kurus.

"Tetapi Pilaiwan selalu bimbang tentang suaminya jika berkahwin wanita lain, kerana dia cukup tampan dan mempunyai banyak wang," jelas jiran berkenaan.

Polis mendapati dua tubuh berlumuran darah di dalam rumah. - Foto MailOnline

Hingga akhirnya dugaan ketakutan itu menjadi satu petaka besar yang melanda keluarga Pilaiwan dan Montree.

Pada 19 November 2019 lalu, Pilaiwan ditemukan mati di rumahnya. Betul-betul di sebelahnya adalah tubuh suaminya, Montree, 43.

Kedua-dua mereka terbaring dalam lumuran darah penuh luka akibat ditembak.

Jiran mendengar suara tembakan dan segera melaporkan kejadian itu kepada polis.

Setibanya di lokasi kejadian, polis melihat Montree masih bernafas. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan diletakkan di wad kecemasan dan diberi ventilator.

Montree dilaporkan masih menerima bantuan ventilator dan usaha rawatan diteruskan.

Anggota polis mendapati tubuh Pilaiwan tidak bernyawa lagi. -  Foto MailOnline


Para jiran mengatakan, sejak Pilaiwan berusaha untuk melawan penyakit kansernya, dia selalu takut suaminya berkahwin lagi.

Polis yang memeriksa tempat kejadian, menemukan pistol yang digunakan oleh Pilaiwan.

Ketua polis tempatan mengatakan, "dari bukti dan jiran, dipercayai Pilaiwan yang menderita kanser terminal, dan menyebabkan suasana suram di rumah.

"Mungkin dia ingin mengakhiri penderitaannya, dengan menembak suaminya dan kemudian bunuh diri."

Anak lelaki sulung Pilaiwan bersedih ketika menerima berita kejadian tersebut dan menyatakan bahawa ibunya mungkin bunuh diri.

Si anak itu mengatakan, "Orang tua saya memiliki kehidupan yang bahagia bersama. Mereka adalah pasangan yang luar biasa dan selalu menjaga adik lelaki-laki saya.

"Saya sangat terkejut ketika ibu saya mengirim SMS. Dia berkata, dia rasa sangat menyesal tentang perkara ini (sakit kanser) dan dia tidak dapat meneruskan kehidupan lagi. Ibu sudah tak larat,"

"Ibu juga baru-baru ini menyuruh saya dan adik saya untuk saling menjaga," tambahnya.

Selepas insiden itu, suami Pilaiwan masih terbaring di hospital, manakala polis masih menyiasat insiden tersebut. - KitaReporters.com

1
0
0
0
0

Copy Link: