GENG.. JANGAN PANDANG HINA PEKERJA BANGLA!!
Published byMELIHAT pekerja Bangladesh yang mendominasi di ibu negara, pasti hati terdetik kesemua mereka ini hebat kerana sanggup tinggal tanah air demi mencari rezeki. Namun jangan pandang rendah kepada mereka, kerana setiap mereka mempunyai ‘cerita’ sendiri untuk sampai ke Malaysia. : KitaReporters.com
Dr. Goh Aik Ping @ https://www.facebook.com/aikping
Terbaru, seorang doktor di sebuah klinik berkongsi pengalaman berdepan dengan pesakit yang merupakan ahli farmasi, namun terpaksa bekerja sebagai buruh binaan di negara ini.
Perkara itu
disedari Dr. Goh Aik Ping yang terkejut selepas pesakitnya dapat menyebut ubat
nama pesakit dengan tepat walaupun pakaian comot dan lusuh.
Kejadian itu menyebabkan Dr. Aik Ping terkedu kerana tidak menyangka pekerja buruh itu mampu menyebut dengan tepat sedangkan dia hanya pekerja buruh.
“Pesakit Bangladesh
mengadu cirit-birit dan memberitahu yang
dia mengesyaki dirinya menghidap ‘disentri’, satu istilah perubatan untuk
jangkitan usus.
“Saya terkejut dan berhenti merawat seketika dan kemudian bertanya bagaimana dia mengetahui istilah tapi pesakit itu hanya mendiamkan diri,” kongsi Dr. Goh Aik menerusi akaun Facebooknya (https://www.facebook.com/aikping), baru-baru ini.
Selepas
memeriksa pesakit berkenaan, doktor memberitahu pesakitnya hanya mengalami
keradangan dalam perut, gastroenteris sebagai punca cirit-birit.
Pekerja Bangladesh yang mendominasi sektor pembinaan di negara ini. - Gambar hiasan.
Belum sempat
menerangkan preskripsi, pesakit berkenaan bertanya ubat-ubat tertentu yang
hanya diketahui oleh pakar perubatan dan mahir dalam dunia kesihatan.
“Saya
tertanya-tanya siapa pesakit ini sebenar kerana mengetahui perkara-perkara
kompleks dalam dunia perubatan dan sebutan juga tepat,” katanya lagi.
Dr. Aik Ping kemudian 'merisik' kebenaran pesakit yang datang bertemunya. Dia kemudian mendapati pekerja tersebut adalah seorang ahli farmasi, namun terpaksa meninggalkan kerjaya kerana ketidakstabilan politik di tanah air sendiri.
Sebahagian pekerja Bangladesh yang mencari rezeki di Malaysia. - Gambar hiasan.
Malah, pesakit itu mengakui dia mempunyai seorang adik yang bertugas sebagai doktor. Namun terpaksa meninggalkan kerjaya yang diceburi kerana tidak selamat di negara sendiri.
Luluh hati mendengar penjelasan berkenaan, Dr. Aik Ping mengakui sedih kerana terpaksa meninggalkan tanah air sendiri dan terpaksa merantau ke negara orang semata-mata mencari rezeki.
Dalam masa sama Dr. Aik Ping melahirkan rasa beruntung kerana memiliki negara yang aman dan hidup dalam aman dan damai. - KitaReporter.com