DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH
Published byBETULLAH kemalangan tak berbau, namun pelbagai tanda dan amaran telah dibuat untuk memberi peringatan terhadap berlakunya kemalangan. Contohnya, amaran bahaya berenang di kawasan air terjun telah dibuat, namun kadang-kadang kita terleka sebab teruja. : KitaReporters.com
Gambar Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik yang dimuat turun oleh rakan-rakan melalui media sosial selepas Allahyarham disahkan mati lemas. - Foto Facebook Nabil Derr (@faiz.raspi)
Kegembiraan sekumpulan 28 remaja untuk berkelah bersama rakan di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut, Terengganu bertukar tangisan apabila seorang rakan mereka mati lemas petang Selasa, 18 Februari 2020.
Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan, dipercayai lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda bersama rakan di pusat perkelahan terkenal itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Muhammad Tarmimi Che Musa,
berkata mereka menerima panggilan kira-kira jam 3.49 petang dan bergegas ke
tempat kejadian dengan 11 orang anggota.
Difahamkan mangsa bersama 27 lagi rakan dari Machang, Kelantan tiba di
kawasan hutan lipur itu untuk berkelah kira-kira jam 1.30 petang.
Mangsa dipercayai ditarik arus deras ketika berada di dalam kolam untuk
bergambar kenangan bersama rakan-rakannya sebelum ditemui tenggelam di dasar
kolam.
Katanya, mayat mangsa dijumpai anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang membuat selaman dan menjumpai mangsa di dasar kolam pada kedalaman lima meter
Kredit foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Sebelum kejadian ketua kumpulan dikatakan sudah memberi taklimat meminta
supaya semua peserta tidak mandi dekat air terjun kerana air ketika itu agak besar dan berbahaya kepada orang ramai
Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kepada
rakan-rakan dia ingin ke lokasi kejadian kerana ingin mengambil gambar kenang
kerana pertama kali sampai ke pusat perkelahan itu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan
Abd Rozak Mohammad ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian berlaku
disebabkan mangsa dipercayai gembira dan tak sabar untuk merakam gambar
kenangan sehingga memasuki kawasan larangan.
Katanya, polis mengklasifikasi kejadian
itu berpunca daripada kecuaian mangsa.
Kejadian itu adalah yang pertama berlaku
sejak pusat pelancongan itu beroperasi lima tahun lalu. - KitaReporters.com
Anggota Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat mangsa untuk di bawa ke Hospital Jertih, Terengganu. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.