WABAK penyakit  2019 novel Koronavirus (2019-nCoV) menjadi perbincangan di seluruh dunia. Individu daripada pelbagai bidang nampaknya bebas mengeluarkan pendapat atau pandangan mengenai virus ini, malah ada juga menyiarkan berita atau cerita yang tidak benar. : KitaReporters.com

Zek Zaidi dikritik oleh netizen kerana menyiarkan tulisan dan gambar yang dianngap tidak betul mengenai wabak koronavirus. - Foto Twitter Zad Zaidi


Penulisan cerita tidak benar dalam pelbagai media sosial telah mengundang kecaman keras daripada pihak netizen kerana menganggap menyebarkan maklumat palsu tersebut boleh mencetus keadaan panik dan tidak aman dalam kalangan masyarakat. 

Status tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen, malah mereka menganggap selebriti itu menyebarkan maklumat palsu dan tidak tepat.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi atau Norzaidi Jamil, 39  telah dikecam teruk oleh netizen dalam laman Twitternya selepas memuat naik satu status berkaitan wabak Koronavirus yang kini telah tersebar di Malaysia.

Oleh itu, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tweet yang dibuat oleh selebriti itu dan meminta agar dia segera memadam posting tersebut kerana tidak sahih dan mencemarkan kredibilitinya sebagai artis dan Presiden SENIMAN.

Penyiaran gambar ini dianggap berita palsu kerana berita itu dipercayai diedit dengan peranti tertentu. -  Foto Twitter Zed Zaidi


Antara tulisan yang dimuat oleh Zek Zaidi dalam twitternya. - Foto Twitter Zek Zaidi

Menerusi status yang dimuat naik, Zed yang juga pelakon menyatakan bahawa situasi di negara ini  sudah tidak selamat apabila rakyat Malaysia terpaksa memakai penutup muka sepanjang masa bagi mengelak dari dijangkiti influenza dan wabak koronavirus ketika ini.

Dia juga mengatakan bahawa Malaysia telah membuat sesuatu perkara yang tidak baik sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai penyakit di negara ini.

Di dalam twitternya  Zed juga turut menyertakan foto mengenai ‘berita’ kononnya hanya Malaysia yang tidak menghalang kemasukan rakyat China ke negara ini berbanding kebanyakan negara luar lain.

Zek Zaidi memakai topeng. - Foto Twitter Zed Zaidi


Pertikaian timbul dalam kalangan netizen apabila mereka menyifatkan bahawa berita tersebut adalah palsu dan telah diedit menggunakan satu aplikasi.

Lantaran itu, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tweet yang dibuat oleh selebriti itu sambil turut meminta agar dia segera memadam posting tersebut kerana tidak sahih dan mencemarkan kredibilitinya sebagai artis dan Presiden SENIMAN. - KitaReporters.com

Berikut adalah antara komen-komen yang dihantar oleh netizen terhadap twitter Zed Zaidi :








0
1
0
0
0

Copy Link: