JARAK MEREKA 10,550KM, TAPI KALAU DAH JODOH..

Published by
KitaReporters
MENURUT pepatah, ‘kalau jodoh tak akan lari ke mana’, mungkin menggambarkan sebuah perkahwinan yang terjadi pada pasangan yang diistilahkan bagai ‘langit dan bumi’. : KitaReporters.com

Mula berkenalan melalui peranti karaoke Smule pada 2016 dan kemudian jatuh cinta.

Kalau memang sudah jodoh, orang tidak akan peduli lagi apakah pasangannya itu berwajah cantik atau tidak, dan seterusnya. Apalagi bila berbeza negara. Ini akan semakin menyita perhatian awam.

Ini adalah kisah percintaan. Kali ini, cerita percintaan beza negara datang dari seorang petugas kebersihan (tukang sapu) di Pondok Labu, Jakarta.

Pasangan berbeza negara ini adalah Bambang Irawan alias Awan, 28, dan seorang warga negara Austria, Arzum Balli.

Awan dan Arzum rasmi berkahwin pada 18 Ogos  2019 lalu. Kisah asmara antara warganegara asing dan seorang tukang sampah ini tular dalam jagad maya baru-baru ini.

Kedua-duanya mula berkenalan sejak tahun 2016 melalui aplikasi karaoke Smule.

Kedua-duanya saling tertarik hingga Arzum menyatakan ketertarikannya terlebih dahulu kepada Awan.

Menurut laporan TribunJakarta.com,  Arzum sampai nekad datang ke Jakarta untuk bertemu dengan Awan  pada tahun 2017. Arzum bahkan menghabiskan waktu selama dua minggu berada di Jakarta menemani Awan.

Awan bahkan hairan dengan keseriusan wanita Austria itu.

"Saya ingat bergurau, takkan bule (mat saleh) datang menemui saya, saya terkejut. Dari pertemuan pertama kalinya itu, dia mengajak saya berkahwin," ungkap Awan kepada TribunJakarta.com.

Pasangan berbeza negara akhirnya menjadi pasangan hidup pada 18 Ogos lalu.


Bahkan setelah melihat keadaan Awan secara langsung, Arzum semakin cekal ingin berkahwin.

Arzum juga tidak mempedulikan keadaan fizikal dan ekonomi Awan. Ketulusan hati Awan  yang membuat Arzum tertarik.

"Saya tidak pernah pandang fizikal dia, menurut saya, banyak lelaki kacak, banyak juga lelaki yang punya banyak harta. 

"Daripada penampilan memang dia bukan lelaki kacak, tapi buat saya, dia (Awan) itu sempurna," kata Arzum ketika  dihubungi Kompas.com. Ketulusan hati dan kedewasaan Awan ternyata sangat sempurna pada mata Arzum.

Arzum merasa Awan selalu mengajarinya kebaikan dan kegigihan.

"Pelajaran yang saya dapat daripada dia itu untuk selalu berfikir lebih dewasa. Kita harus berusaha tidak boleh menyerah apapun alasannya kita harus terus berjuang.

"Itu yang saya belajar daripada Awan dan harus berfikir dewasa dan bertanggungjawab atas perbuatan kita," ungkap Arzum.

Awan akan berhijrah ke Austria mengikut isterinya.


Setelah berkahwin, Arzum kembali ke negara asalnya untuk mengurus anaknya dari perkahwinan sebelumnya, yang kini masih bersekolah.

Awan berniat segera menyusul si isteri, dan mencari pekerjaan di Austria. Kini Awan sedang belajar bahasa Jerman di Goethe Institut.

Arzum merancang akan mencarikan pekerjaan Awan sebagai petugas kebersihan. Diakui Arzum, petugas kebersihan di Austria mempunyai  gaji yang tinggi. - KitaReporters.com

0
3
0
0
0

Copy Link: