GADIS 'BOLA KERANJANG' KINI JAGUH RENANG

Published by
KitaReporters
BEBERAPA tahun lalu di China, seorang gadis mengejutkan dunia kerana keadaan fizikalnya yang amat menyedihkan. Gadis itu hidup tanpa kaki, dan bagi membolehkannya berjalan, dia mengganti kakinya dengan bola keranjang (basketball).  : KitaReporters.com

Zhong cacat ketika berusia 4 tahun akibat kemalangan.


Kerana kisah hidupnya ini, banyak orang yang melihat fotonya berasa sedih serta terharu akan keadaannya.

Memetik laporan Peoples's Daily baru-baru ini,  gadis bernama Zhong Hongyan itu sempat tular dan dijuluk sebagai ‘gadis bola keranjang.’

Zhong menggunakan bola keranjang untuk bergerak hasil ciptaan kakaknya.


Pada mulanya, ketika  Zhong berusia 4 tahun, dia sebenarnya sihatnya seperti anak-anak normal lainnya. 

Namun suatu hari dia terjebak dalam satu kemalangan kereta yang menyebabkan kakinya hancur, kerana dihempap trak besar.

Kedua-dua kakinya putus dan akhirnya dia hidup dalam keadaan cacat.

Suatu hari, kakak Zhong terlihat sebiji bola keranjang yang ditinggalkan di pasar. Dia kemudian membawa pulang dan membuat rekaan khusus dengan bola keranjang itu.

Hasilnya, Zhong menjadikan bola keranjang itu kakinya dan tempat duduk, dan bersama dengan sepasang alat bantu pada tangannya untuk berjalan.

Zhong memilih sukan renang untuk mempamerkan bakatnya


Dia kemudian menyertai kelab renang orang cacat. Dia berlatih keras sampai akhirnya menjadi seorang atlet sukan renang.

Setelah dua tahun berlatih dan menjadi ahli sukan, Zhong menyertai pertandingan sukan untuk oraang kurang upaya (OKU) di Wilayah Yunnan, dan memenang tiga pingat emas.

Tidak lama selepas itu, dia diberi bantuan peralatan dan dapat memakai kaki palsu. Zhong kini menjalani kehidupan  dengan lebih baik.

Kisah hidup Zhong seolah menunjukkan pada kita, bahawa dengan keterbatasan hidup, dia tidak menyerah, meskipun kisah masa lalunya cukup menyedihkan untuk disaksikan. - KitaReporters.com

Zhong kini mengguna kaki palsu untuk memudahkan pergerakan.

0
0
0
0
0

Copy Link: