PEROGOL BERSIRI PALING BAHAYA DI ENGLAND
Published byREYNHARD SINAGA, 36, lelaki Indonesia yang dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah Manchester, England pada Isnin (6/1/20) lalu, dianggap oleh hakim sebagai perogol bersiri berbahaya yang tidak mempedulikan keadaan mangsa yang tidak sedar akibat diberi ubat pelali dan terus melakukan perkosaan sambil menvideokannya. : KitaReporters.com
Hakim Suzanne Goddard mengetuai perbicaraan kes perkosaan bersiri oleh Reynhard Sinaga - yang disebut oleh polis sebagai kes perkosaan terbesar dalam sejarah Undang-undang England - dalam empat sidang, sejak Jun 2018 sampai keputusan pada Isnin, 6 Januari 2020.
Jumlah keseluruhan mangsa yang kesnya melibatkan empat sidang ini adalah 48 lelaki dengan 159 dakwaan.
Berdasarkan sistem undang-undang England, identiti mangsa perkosaan, termasuk nama tidak boleh didedahkan semasa mangsa hidup kecuali mangsa memilih untuk membuka identitinya.
Banyaknya jumlah dakwaan menunjukkan satu mangsa diperkosa oleh Reynhard berkali-kali.
Namun dia selalu menyangkal telah melakukan pemerkosaan melainkan melakukan hubungan seksual atas dasar suka sama suka.
Hakim Goddard telah menjatuhkan hukuman seumur hidup terhadap Reynhard untuk sidang pertama dan sidang kedua, namun hukuman hanya boleh dilaporkan oleh media setelah keputusan dibacakan selepas sidang ketiga dan keempat (terakhir) pada Isnin (06/01/20) lalu.
Dalam dokumen keputusan sidang kedua yang dibacakan pada 21 Jun 2019, Hakim Goddard secara khusus menyebut mangsa lelaki muda yang hakim katakan diperkosa secara "brutal" oleh Reynhard.
"Anda memperkosa mangsa sebanyak tujuh kali dengan memperkosa melalui anus selama lapan jam ketika dia berada di apartmen anda.
"Dia terlihat dalam kondisi sangat mabuk ketika anda mulai memvideokan dia dan ketika dia tidak sedar, anda memeprkosanya berkali-kali, sambil terus menekannya saat dia terdengar bersuara," kata Hakim Goddard.
"Anda terlihat mengelap anusnya dengan tisu atau kain dan terlihat noda darah, yang dapat terjadi kerana tindakan seksual anda.
"Lagi, ini pun tidak membuat anda berhenti, dan anda kembali memperkosa melalui anus ketika dia masih tidak sedarkan diri.
"Anda kembali memakai tisu untuk mengelap anusnya, dan lagi terlihat noda darah," tambah hakim berkenaan.
Semua mangsa dalam sidang kedua itu adalah heteroseksual dan sepanjang memberikan keterangan, mereka menyatakan bahawa mereka tidak bersedia melakukan hubungan seks homoseksual (dengan Reynhard), kata hakim lagi.
Ibu Pejabat Polis Greater Manchester mengatakan jumlah mangsa mungkin mencecah 190 orang, termasuk 48 yang telah memberi keterangan dalam empat sidang perbicaraan ini.
Polis juga tidak menolak kemungkinan jumlah mangsa adalah lebih banyak lagi.
Polis mengungkap kes perkosaan bersiri oleh Reynhard berdasarkan dua telefon selular yang disita oleh polis setelah dia ditangkap pada Jun 2017.
Semua tindakan perkosaan itu dilakukan di apartmen tertuduh. Di kawasan itu, terdapat sejumlah kelab malam yang dikunjungi ramai anak muda.
Reynhard Sinaga - yang datang ke England dengan visa pelajar pada Ogos 2007 - mulai menetap di apartmen itu pada 2011.
Polis berpendapat, Reynhard sudah mulai melakukan aksi jenayahnya sebelum pindah ke apartmen tersebut. Baik dalam keputusan sidang pertama mahupun sidang kedua, Hakim Goddard menyebutkan bahawa "perawakan Reynhard yang kecil dan pembawaannya yang ramah" menyebabkan tidak ada mangsa yang curiga ketika mereka diajak untuk melanjutkan minum-minum atau berbual di apartmennya.
Hakim juga mengatakan walaupun tidak ada ubat pelali yang ditemukan di apartmen Reynhard, namun hakim yakin bahawa lelaki berusia 36 tahun ini menggunakan ubat pelali yang biasa dipakai untuk memperkosa, GHB (Gamma hydroxybutyrate), yang dapat membuat mangsa tertidur dan tidak sedarkan diri.
"Walaupun tidak ditemukan ubat pelali seperti itu di apartmen anda, satu-satunya kesimpulan logik setelah melihat video berjam-jam, semua mangsa yang tidak sedarkan diri terdampar di lantai apartmen anda, dan dalam kondisi sama sekali diam.
"Anda pasti secara sembunyi-sembunyi mencampur ubat pelali dalam minuman," kata Hakim Goddard.
Ubat pelali yang dapat menyebabkan orang tidak sedarkan diri selama berjam-jam ini tersedia secara bebas di kedai-kedai ubat di England.
Reynhard Sinaga ditahan polis pada Jun 2017 setelah seorang lelaki yang sedang diperkosanya terbangun dan langsung memukulnya.
Ketika itu, mangsa dalam keadaan meniarap dan Reynhard menindihnya dalam keadaan tanpa pakaian.
Mangsa memukul Reynhard sampai tidak sedarkan diri dan lelaki itu menelefon polis.
Daripada dua telefon genggam Reynhard yang disita, diketahui aksi perkosaan setiap mangsa, dirakam dari jarak jauh dan dari jarak dekat.
"Anda secara khusus mencari sasaran anak-anak muda yang sedang mabuk dan sedang bersendirian saat malam sudah larut," kata hakim dalam keputusan sidang kedua dalam fail yang dilihat BBC News.
"Hampir semua mangsa berulang kali diperkosa oleh anda dalam tempoh waktu tertentu.
"Anda terlihat ejakulasi ke anus beberapa mangsa dan anda juga tidak menggunakan kondom, sehingga para mangsa lelaki ini berisiko menghadapi penyakit seksual yang berjangkit.
"Semua mangsa ini perlu melalui proses penantian yang membimbangkan untuk pemeriksaan penyakit kelamin, walaupun untungnya tidak ada yang terkena," tambah hakim lagi.
"Anda menvideokan diri anda sendiri menyerang mangsa-mangsa dengan sangat terperinci dan menyimpan rakaman itu dalam peranti elektronik.
"Ironinya adalah apabila tidak ada video yang anda rakam ketika melakukan kejahatan syaitan ini, sebahagian besar kejahatan ini tidak akan terungkap atau bahkan tidak sampai pada perbicaraan," kata hakim, sebagaimana dilaporkan oleh wartawan BBC News Indonesia, Endang Nurdin di Manchester.
Reynhard, dari sidang pertama sampai terakhir menafi berkali-kali memberikan ubat pelali kepada mangsa dan menyatakan bahawa hubungan seksual sejenis itu dilakukan atas dasar suka sama suka.
Dia menyampaikan pembelaan pada sidang pertama pada akhir Jun 2018 dan pada sidang keempat pada pertengahan Disember 2019.
Dalam pemeriksaan silang oleh pihak pendakwa, Reynhard mengatakan, keadaan mangsa yang tidak sedar dalam video adalah sebahagian dari "permainan fantasi seksualnya".
Sebahagian mangsa dalam video yang diambil oleh Reynhard sendiri itu terdengar mendengkur ketika dia melakukan aksinya.
Namun Reynhard mengatakan kepada pihak pendakwa bahawa yang dia dengar adalah "suara orang bernafas" atau pun "suara mendesah" dan menolak menyebut "suara mendengkur".
"Tidak ada dari mangsa anda yang mahu melihat video atau mengetahui lebih terperinci atas apa yang terjadi terhadap mereka, ketika diberitahu polis ada video itu," kata hakim.
"Semua mengalami trauma mendalam membayangkan apa yang anda lakukan kepada mereka ketika mereka tidak sedar.
"Sebahagian daripada mereka memilih untuk tidak memberitahu keluarga atau teman dekat atas apa yang terjadi terhadap mereka," tambahnya.
Dari sidang tahap pertama (Jun sampai Julai 2018), tahap kedua (7 Mei sampai 21 Jun 2019), tahap ketiga (16 September sampai 4 Oktober 2019), dan sidang keempat (2 Disember-18 Disember 2019), Reynhard selalu menafikan melakukan perkosaan dan menyebutkan hubungan seksual dilakukan atas dasar suka sama suka.
Selama persidangan, kata hakim, Reynhard mendakwa bahawa para mangsa itu "memintanya melakukan seks oral atau seks melalui anus dan sepakat untuk ikut serta dalam fantasi seksual, dengan tidak bergerak sama sekali dan tidak bercakap, tidak mengeluarkan suara apa pun dan setuju untuk divideokan".
"Namun dalam pemeriksaan selanjutnya, anda tidak berkomentar ketika ditanyakan terkait kesaksian mangsa," kata hakim.
"Terlebih lagi, selama sidang ini, anda tidak menunjukkan penyesalan atas tindakan anda dan terkadang anda tampak menikmati proses mahkamah ini," tambah Hakim Goddard, dalam keputusan sidang pertama dan kedua, yang menyebut ada mangsa cuba bunuh diri kerana stres.
"Anda jelas tidak memikirkan penderitaan dan kesan emosi mendalam yang anda sebabkan terhadap para lelaki muda," kata hakim lagi.
Salah satu mangsa yang kesnya dibicarakan dalam sidang kedua cuba bunuh diri kerana tekanan depresi parah setelah mengetahui bahawa dia diperkosa.
Laporan psikologi dari Dr Sam Warner, yang merawat mangsa perkosaan tersebut, menunjukkan terjadinya "tekanan mendalam dan lama akibat kejahatan seksual" yang dilakukan oleh Reynhard.
Reynhard juga mengambil barang-barang milik mangsa, termasuk telefon bimbit, lesen memandu serta kad bank dan memuat naik akaun Facebook para mangsa dan disimpan dalam dokumen sebagai "cenderamata".
Baik dalam dokumen keputusan mahkamah sidang pertama mahupun sidang kedua, Reynhard disebutkan oleh hakim tidak mahu bekerjasama dalam penyediaan laporan sebelum hukuman.
Dengan penolakan ini, Reynhard disimpulkan oleh petugas "berisiko tinggi menimbulkan bahaya dan sangat berbahaya".
Hakim juga menyebutkan dalam dokumen keputusan sidang pertama dan kedua bahawa mahkamah telah menerima surat rayuan daripada ibu dan adik perempuan Reynhard.
"Saya telah membaca dua surat rujukan dari ibu dan adik perempuan anda. Mereka tidak tahu bahawa anda adalah pemerkosa yang kejam, licik dan penuh perhitungan," kata hakim.
Dalam siasatan BBC News Indonesia, Reynhard adalah anak sulung daripada empat beradik pasangan keluarga yang tinggal di Depok, Jawa Barat, Indonesia.
Hakim juga mendapatkan surat rujukan dari gereja di Manchester yang kerap dikunjungi Reynhard untuk beribadat, bahkan pada tempoh lelaki kelahiran Jambi ini melakukan jenayah perkosaan.
"Sulit dipercaya bahawa seseorang yang memiliki keyakinan Kristian, pada ketika yang bersamaan melakukan kejahatan syaitan," kata hakim.
Hukuman sidang pertama dan kedua adalah hukuman seumur hidup dengan minimum di penjara selama 20 tahun.
Sementara keputusan sidang ketiga dan keempat yang dijatuhkan oleh Hakim Goddard pada hari yang sama, 6 Januari 2020, juga seumur hidup untuk Reynhard Sinaga.
Sejak ditahan pada Jun 2017, Reynhard telah dipenjarakan Manchester. - KitaReporters.com