TAHNIAH! TAWAN KINABALU BERSAMA SOFIA, 3...

Published by
KitaReporters
Bukan mudah untuk seorang wanita membawa anak kecil mendaki sebuah gunung kerana banyak cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi demi menjaga keselamatan diri dan juga anak kecil yang dibawa bersama. : KitaReporters.com

https://www.facebook.com/sitiaminah.borhan/posts/3332010896829040


Tetapi berbeza pula dengan wanita ini, Siti Aminah Borhan (https://www.facebook.com/sitiaminah.borhan) yang telah bekongsi kejayaannya menawan puncak Gunung Kinabalu bersama anak perempuannya Sofia, 3 tahun. 

Tahniah diucapkan kepada wanita ini, walaupun menerima bermacam-macam kecaman daripada orang ramai, beliau masih mampu meneruskan pendakian hingga ke puncak.


Selamat sampai ke puncak

"Alhamdulilah, kami berjaya sampai. Bukan senang tetapi perjalanan menaiki dan turun dari puncak adalah kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila."

Beliau yang merupakan seorang jurulatih kecergasan dan penyampai radio ini memulakan pendakian pada 10 pagi, 28 Januari 2020 dan mengambil masa hampir 19 jam untuk menamatkan misi sulung mereka itu.

"Rezeki saya apabila tarikh diberi tidak bercanggah dengan jadual kerja dan sejak awal lagi, saya bercadang membawa Sofia bersama.

"Syukurlah, perancangan itu dipermudahkan dan sepanjang perjalanan, Sofia tidak meragam malah ada ketikanya, dia (Sofia) berjalan sendiri tanpa perlu didukung sepanjang masa."


Persediaan sebelum mendaki

Menurut Harian Metro, Siti Aminah tidak dapat melakukan persediaan rapi bagi mendaki puncak tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara berikutan jadual tugasannya yang padat.

Sebaliknya, beliau hanya sempat melakukan latihan di Bukit Maragang, dua hari sebelum misi pendakiannya bermula.

"Jalan puncak Kinabalu dia macam tangga yang tak habis. Tengok tangga macam nak menangis. 

"Masa 4km, mental dah kacau, bila nak sampai ni. Ya Allah apa aku buat ni? Patutnya i just stay at home and relax, 5km tiba-tiba hujan, oksigen dah makin kurang, makin sejuk, lepas tu hujan lebat. 

"Ya Allah dugaan, lain macam. Rasa nak menangis dan nak balik. 

"Tapi sofia? Sangat memudahkan, hujan pun duduk diam dalam carrier. Berjam- jam dalam carrier, and dia pun jalan sendiri, seolah dia faham mummy dah sakit mentally and kaki semua. 

"Tak sikit pun dia cakap nak balik atau pun merepek buat tantrum . Hujan basah pun dia senyap . Dia enjoy the journey."

Tambahnya, pendaki lain turut memberi semangat buat mereka semasa mendaki gunung tersebut. 


Dikecam netizen bawa anak

Aminah turut mendapat kecaman apabila dia membawa anaknya untuk mendaki Gunung Kinabalu. 

Tetapi beliau telah menjelaskan bahawa dia dan anaknya telah dibantu oleh seorang doktor dan malim gunung sepanjang misi pendakian tersebut.

"Yang tanya tentang keselamatan Sofia, saya bukanlah berseorangan. Saya bersama Dr Muaz, untuk memastikan Sofia dalam keadaan okay dan dia membantu kami dalam perjalanan."

Bukan itu sahaja beliau juga memberitahu bahawa sejak anaknya kecil dia sudah mendedahkan dengan aktiviti riadah. 

Sebagai seorang ibu, Aminah berharap dengan pencapaian anaknya dia mampu mencabar satu rekod dalam Malaysia Book Of Record berkenaan kanak-kanak termuda berjaya sampai di ketinggian tersebut. - KitaReporters.com


0
1
0
0
0

Copy Link: