ALLAHU!! AJAR AL-QURAN WALAUPUN TERBARING
Published byLUMRAHNYA proses pembelajaran dilakukan di dalam kelas yang dilengkapi alat bantu mengajar serta kemudahan meja dan kerusi kepada pelajarnya. Namun berbeza dengan pembelajaran yang dilakukan bagi seorang pemuda dari Kedah yang terpaksa mengajar di atas katil dengan keadaan terbaring. : KitaReporters.com
MOHAMAD Azfar Mohd.Yusuf dikelilingi pelajar yang mendapatkan khidmatnya di rumahnya di Taman Ria, Sungai petani, kedah . - Kredit foto: World of Buzz.
Itu yang berlaku kepada seorang pemuda dari Sungai Petani yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) yang menjadikan katil sebagai meja untuk dia mengajar al-Quran di rumahnya Taman Ria, Sungai Petani, Kedah.
Kekurangan yang ada pada diri tidak menghalang untuk dia terus menabur bakti kepada pelajar dengan kebolehan yang dimiliki.
Memetik laporan Harian Metro, biarpun dalam keadaan terbaring, Mohamad Azfar Mohd Yusuf kerana
masalah saraf yang dihadapi sejak kecil dia tetap cekal mengajar al-Quran
kepada anak muridnya.
Kini dia
memiliki 30 orang anak murid yang berusia enam hingga 17 tahun.
Lebih
membanggakan pemuda berusia 32 tahun itu turut mengadakan kelas tajwid kepada pelajarnya
bagi memberi kefahaman lebih mendalam dalam bacaan al-Quran kepada mereka.
WALAUPUN dalam kekurangan dan hanya terbaring, namun dia mampu mengajar dengan baik kepada pelajarnya. - Kredit foto: Linetoday.com
“Kelas
tajwid akan diadakan seminggu sekali dan saya akan mengajar melalui televisyen
yang disambung ke telefon pintar yang mempunyai maklumat berkaitan hukum
tajwid.
“Dengan cara
ini, saya rasa pelajar lebih mudah memahami, sekali gus dapat membaca al-Quran
dengan lebih baik,” katanya.
Dalam masa
sama, Azfar juga menjalankan pengajian al-Quran bagi golongan dewasa melalui
aplikasi WhatsApp.
“Saya hanya mahu menjadi contoh kepada masyarakat dan apa yang dilakukan hanyalah bagi mencari reda Allah sebagai saham akhirat kelak.
“Selagi
mampu, saya akan terus membantu masyarakat dalam memantapkan lagi penguasaan
al-Quran,” katanya yang dipetik Harian Metro.
Berkongsi
cerita, dia memulakan kelas mengaji pada tahun 2005 selepas diminta oleh ibunya
sendiri bagi menggantikan tugas abang sulung yang menerima tawaran bekerja
dalam sektor kerajaan.
TETAP bersemangat walaupun berada dalam kekurangan. - Kredit foto: Sinar Harian.
Anak bongsu
daripada tiga beradik itu memberitahu, pada awal pembabitan dalam pengajian
al-Quran hanya mengehadkan pelajar kepada 10 orang sahaja selepas diminta oleh
ibunya bagi meneruskan pengajian al-Quran.
“Saya tetap
mencuba dengan hanya mengajar 10 pelajar saja ketika itu sebagai permulaan dan
semakin bertambah sehingga kini mengehadkan kepada 30 orang,” katanya lagi.
Akui Azfar,
dia mula mempelajari ilmu agama sejak berusia 13 tahun melalui pengajian di
rumah dengan menjemput beberapa tenaga pengajar berikutan tidak mampu ke pusat
pengajian kerana keadaan fizikalnya.
“Berikutan
itu, dia hanya meneruskan pengajian di rumah sehingga ke hari ini bagi
mendalami ilmu agama termasuk ilmu tajwid untuk memantapkan penguasaan dalam
bacaan al-Quran,” kongsi yang turut memegang Sijil Pentaulihan Mengajar Agama
Islam Negeri Kedah. - KitaReporter.Com