CAYALAH BRO!! KASUT DARIPADA KULIT KAKI AYAM

Published by
KitaReporters
DI MANA ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Demikianlah ketika seseorang mahu berusaha untuk dirinya, maka akan ada banyak jalan yang terbuka baginya. Lelaki ini berjaya membuat barangan daripada bahan yang sudah dibuang sebagai sampah untuk dijadikan produk yang lebih bernilai tinggi, bahkan mampu memberi pendapatan lumayan kepada dirinya. : KitaReporters.com

Nurman Farieka Ramdhany. - Foto Kompas/Cornelius Helmy Herlambang

Nama Nurman Farieka Ramdhani, 24, kini menjadi perbualan, baik antara pemain industri fesyen Indonesia, mahupun para netizen dunia maya.Cuba teka apa tajuknya?  

Mereka, umumnya, membahas material yang diguna pakai oleh Nurman untuk membuat kasut iaitu dari kulit kaki ayam.

Bahan yang selama ini dibuang ke sampah, diubah menjadi kasut yang bernilai tinggi.

Memetik laporan Kompas.com, Nurman menceritakan awal mula bisnesnya.

“Dulu saya belajar di Universiti Widyatama, tetapi saya jahat. Pelbagai perkara negatif pernah saya cuba,” katanya.

Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa berhenti kuliah di semester kedua. Keputusan itu ditentang oleh orang tuanya, terutama si ayah.

Bahkan, Nurman sempat mengalami ‘perang dingin’ dengan ayah. Mereka sama sekali tidak saling menyapa. Wang perbelanjaan dihentikan.

“Tidaklah sampai lari dari rumah. Tetap pulang kerana perlu makan,” kata Nurman sambil tersenyum mengingat masa lalunya.

Suatu hari, dia pergi berjalan ke rumah seorang teman dan diberi dompet. Bila pulang, dia memerhatikan dompet tersebut.“Untuk apa dompet, kalau tidak ada isinya. Akhirnya saya menjual dompet tersebut kepada  teman saya dengan harga Rp150.000 (RM45.00) ,” katanya.

Wang tersebut dia belikan bahan untuk membuat gelang dan pelbagai aksesoris, dan kemudian menjualnya.

Modal itu terus dia putar, namun pada akhirnya dia bankrap. 

Dalam setahun, sekurang-kurangnya empat usaha yang dirintisnya bankrap. Kerugiannya bukan main, mencapai ratusan juta rupiah.

Nurman Farieka Ramdhani mengolah bahan buangan yang berupa kulit ayam menjadi sepatu yang kini laku di pasaran peeringkat dunia. - Foto Kompas


Tidak ingin putus asa, dia terus memutar otak. Akhirnya Nurman memutuskan untuk berbisnes kasut kanvas dengan jenama Hirka, bermaksud ‘dicintai’.

“Agar produk ini menempel, jadi teman hidup (orang yang memilikinya),” tuturnya.

Sambil menjalankan bisnes kasut kanvas, dia tertarik dengan hasil kajian si ayah 20 tahun lalu.

Ketika itu ayahnya yang berkuliah di Politeknik Akademi Teknologi Kulit Yogyakarta mengembangkan kulit kaki  ayam sebagai bahan asas.

Ketika itu kajian dilakukan di Balai Besar Kulit, Getah dan Plastik, Yogyakarta.

Selama setahun, Nurman melakukan kajian dan akhirnya menjadikan bahan tersebut untuk bahan membuat kasut.

Dia meminjam wang daripada ayahnya, dan pada 2017 baru melancarkan produknya ke pasaran.

Berjaya hadapi halangan, sepatu tersebut diterima pasar. 

Apatah lagi penampilan kulit kaki ayam dan teksturnya mirip dengan kulit ular. Malah kulit ular lebih mudah terkelupas dibanding kaki  ayam.

Tidak hanya itu, penggunaan kaki ayam diharapkan dapat  mengurangi penjualan kulit ular dan buaya, demi kelestarian fauna, dan menjaga ekosistem.

Kaki ayam mudah diperolehi daripada penjual ayam yang biasanya dibuang sahaja ke dalam tong sampah.

Kulit kaki ayam yang digunakan berukuran lebar dan besar untuk memudahkan pengerjaan. Untuk itu diperlukan ayam minimum beratnya dua kilogram.

Kulit tersebut dibersihkan kemudian melalui proses penyamakan sekitar 14 hari untuk mengubah kulit mentah menjadi kulit tersamak.

Proses ini memerlukan campuran tujuh bahan kimia. 

Untuk sebuah kasut diperlukan 20-80 kulit kaki ayam. Kasutnya Nurman pasarkan sendiri pada harga antara Rp400.000 (RM12) hingga Rp6 juta (RM1,800)  sepasang.


Selain Indonesia, kasut kaki ayam ini Nurman berjaya membawa nama Indonesia ke peringkat antarabangsa.

Buktinya, kasut ini sudah menembus banyak negara seperti Malaysia, Singapura, Hong Kong, Brazil, Perancis, England  dan Turki.

“Kemampuan produksi ketika ini 40 pasang sebulan. Permintaannya lebih tinggi dari itu,” katanya.

Untuk rancangan masa depan, Nurman berniat meningkatkan produksi menjadi 500 pasang sebulan. 

Untuk mendapatkan jumlah itu, dia bakal melibatkan banyak vendor. Untuk pemasaran, dia akan tetap menggunakan mekanisme online.

“Sekarang Hirka fokus pada kasut kulit kaki ayam ini. Kami terus mengembangkan pengeluarannya,” kata Nurman.

Demi meningkatkan usahanya, dia bergabung dengan Komuniti Benua Niaga di Bandung.

Nurman berharap langkah ini ini akan membolehkannya membuat bisnesnya lebih cepat berkembang - KitaReporters.com

0
1
0
0
0

Copy Link: