SELEPAS selesai berpindah ke Kanada, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle memutuskan untuk menutup pejabat pentadbiran mereka di Istana Buckingham menyebabkan 15 kakitangan menjadi penganggur serta merta. : KitaReporters.com

Gambar Harry-Meghan di Afrika pada 2019. - Gambar Dailymail UK.


Meskipun sesetengah kakitangan itu mungkin diserap ke bahagian tertentu di istana tetapi ada yang  terpaksa dipecat kerana tugasan kerja yang bertindih. 

Kakitangan itu termasuk ketua bahagian komunikasi di pejabat Harry dan Megan yang sangat berpengalaman, Sara Latham.

Sara Latham


Keputusan menutup pejabat itu, sekali gus meramalkan pasangan bekas diraja itu dan anak mereka, Archie sudah pasti tidak berhasrat untuk terus kekal tinggal di United Kingdom.

DailyMail Online dalam laporannya menyebut bekas Duke dan Duchess of Sussex itu memberi perkhabaran sedih itu pada kakitanganya pada Januari 2020 apabila mereka berdua memutuskan untuk melepaskan gelaran kerabat diraja dan tanggungjawab sebagai anggota diraja paling kanan yang bekerja.

Ketika satu atau dua kakitangan itu akan diserapkan kembali dalam tugasan lain di istana,  perbincangan kini tertumpu kepada menyelesaikan pertindihan tugasan.

Akhbar itu melaporkan semalam, Ratu Elizabeth, Putera Charles dan Putera William sudah tahu pejabat Harry akan ditutup dan kedudukan kakitangan itu. 

Pihak Istana dalam fasa terakhir menyediakan maklumat pemecatan itu dan mereka akan menerima pampasan dan tawaran untuk ditempatkan di bahagian tertentu di istana berdepan. 

Bagaimanapun masalah utama sekarang ialah mereka mungkin berdepan dengan pertindihan kerja.

Antara mereka yang bakal 'menganggur' itu ialah setiausaha sulit, Fiona Mcilwham. 

Walaupun dia dipinjamkan dari Jabatan Luar Negara dan Komanwel, yang pastinya Fiona dijangka dipindahkan semula ke Whitehall (pusat pentadbiran awam UK).

Fiona Mcilwham. - Gambar Dailymail UK


Turut dipecat ialah Penyelaras Program, Clara Loughran yang dianggap sahabat paling akrab dan paling lama dengan Harry serta Megan. 

Dia menjadi orang kepercayaan Harry memegang jambangan bunga tangan pengantin ketika pasangan itu bernikah.

Clara Loughram


Marnie Gaffney. - Gambar Malaymail UK


Sara Lathman yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan Obama dan Hillary Clinton sebagai pegawai penasihat kanan kempen dan timbalannya, Marnie Gaffney juga dijangka memutuskan untuk berhenti. 

Gaffney terkenal sebagai kakitangan paling setia, berkhidmat dengan cemerlang membantu Harry dalam operasi tenteranya dan orang yang rajin berusaha merancang dan mengatur dengan jayanya, program lawatan pasangan itu termasuk ziarah ke Australia dan Afrika.

Gaffney ditawarkan bertugas di Istana Buckingham tetapi dia menolaknya. Sebaliknya, menerima pampasan pemberhentian kerja kerana dia merancang meneroka cabaran baru. 

Kerana kesetiaannya, Gaffney dianugerahkan pingat Ahli Royal Victoria Order. 

Seorang lagi kakitangan media yang dijangka menamatkan perkhidmatan ialah Julie Burley yang pernah membantu Harry dan Meghan dalam kempen kesihatan mental - Head Together. - KitaReporters.com

0
0
2
0
0

Copy Link: