APA rasanya tidak dapat melihat wajah sendiri, kerana muka tertempel di antara kedua-dua paha? Inilah yang dialami Li Hua selama 30 tahun. Lelaki berusia 46 tahun di Youngzhou, Wilayah Hunan, China ini menyimpan kisah pilu dalam hidupnya. : KitaReporters.com

SELAMA 30 tahun, muka Li Hua tertempel pada pahanya ekoran masalah tulang belakangnya.  - Foto Oddity Central


Dia didiagnosa menderita suatu keadaan tulang belakang yang dinamakan ankylosing spondylitis (AS) ketika usianya masih 18 tahun. 

Menurut laporan Oddity Central pada Khamis (19/12/2019) lalu, kisah pilu ini, dia alami ketika tubuh Li Hua makin memburuk sampai ke tahap dia menjadi ‘folding man’ yakni seorang lelaki dengan tubuh terlipat, dengan keadaaan mukanya menempel di antara kedua-dua paha.

Ini membuat Li Hua selalu kesulitan bahkan untuk sekadar makan dan minum sehari-hari.

AS ialah sejenis arthritis yang melemahkan dan menyebabkan peradangan pada tulang belakang.

Peradangan ini menyebabkan jaringan tulang hilang, yang mana tubuh manusia bertindak dengan mengeluarkan kalsium tambahan untuk menumbuhkan lebih banyak tulang, bahkan di tempat yang tidak seharusnya.


Li Hua dan keluarganya tidak mempunyai wang yang cukup untuk berubat ke hospital.

Namun kerana kesnya semakin parah, akhirnya Li Hua menarik perhatian Profesor Tao Huiren, ketua pembedahan tulang belakang dan ortopedi di Hospital Umum, Universiti Shenzhen.

Prof. Tao pernah merawat orang-orang yang menghidap AS. Namun dia belum pernah menemui kes yang sedemikian parah seperti yang dialami Li Hua.

Selama ini pesakit  yang menderita AS ekstrim biasanya setidak-tidaknya masih dapat mengangkat kepala, tetapi Li Hua sama sekali tidak boleh.

Meskipun risiko kelumpuhan sangat tinggi, doktor menyimpulkan bahawa jika tidak dioperasi kemungkinan besar akan menempatkan Li Hua dalam bahaya besar, kerana tekanan pada jantung dan paru-parunya lebih dari yang dapat ditanggung manusia pada umumnya.

Hingga akhirnya Profesor Tao memutuskan untuk membedah Li Hua.

Dia mengatakan satu-satunya pilihan agar lelaki  46 tahun itu dapat sembuh ialah dengan mematahkan tulang-tulang pada tubuh Li Hua.

“Satu-satunya pilihan kami adalah mematahkan tulang-tulangnya dalam satu waktu, iaitu tulang paha, tulang belakang leher, tulang belakang dada, tulang belakang pinggang dan kemudian meluruskan seluruh tulang belakangnya," kata Profesor Tao.

Memetik laporan Oddity Central, setelah dibedah, Li Hua akhirnya dapat berdiri tegak dan bergerak serta beraktiviti secara normal, meskipun dia tetap tidak boleh melakukan kegiatan ekstrim seperti sukan tinju atau bermain tenis.

Li Hua yang kini menjalani kehidupan baru setelah sembuh daripada AS, mengaku sangat berterima kasih kepada pasukan doktor terutama Profesor Tao. 

“Tidak ada kesembuhan bagi saya tanpa Doktor Tao, dia adalah penyelamat saya,” ujar Li Hua. - KitaReporters.com

Li Hua berjaya berjalan semula setelah mendapat rawatan saraf. - Foto Oddity Central

0
1
0
0
0

Copy Link: