TAHNIAH TUNKU AZIZAH!! DIPILIH IKON KRAF 2019
Published byRAJA Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerima Anugerah Ikon Kraf 2019 sempena 3rd International Craft Award oleh Indian Craft Village yang merupakan pertubuhan di bawah Majlis Kraf Dunia (WCC) di New Delhi, India semalam (7/12/2019. : KitaReporters.com
Tu
Pencalonan Tunku Azizah untuk anugerah tersebut bukannya dibuat oleh negara sebaliknya dihantar oleh seorang individu yang kagum melihat kecintaan baginda terhadap seni kraf tradisional.
"Saya mengucapkan terima kasih ke atas individu tersebut iaitu seorang pencinta tekstil, Fatimah Ismail yang mencalonkan saya.
"Terima kasih buat Puan Fatimah. Anugerah ini membakar semangat saya dan inspirasi untuk saya terus berjuang mengangkat seni kraf tradisional ke tahap tertinggi," titah baginda.
Apa yang membanggakan ialah Tunku Azizah memperoleh markah tertinggi daripada tujuh pencalonan seluruh dunia dan enam juri sebulat suara memilih baginda sebagai pemenang.
Ketika bertitah sebaik sahaja menerima anugerah tersebut daripada Presiden WCC, Dr. Ghada Hijjawi Qaddumi, Tunku Azizah berasa amat berbesar hati menerima penganugerahan sedemikan sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Indian Craft Village.
"Terima kasih juga kepada semua pencalonan dan juri yang memberi markah tertinggi buat saya. Anugerah ini bukan untuk diri saya sahaja malah buat semua rakyat Malaysia," titah baginda.
Menurut International Jury Member, Prof. Aftab Gharda, Tunku Azizah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan iaitu Know How Of Skills, Material Knowledge And Innovation, Use Of Inspiration From Perspective Of Culture And Tradition, Design Understanding, Evolution And Adaptation dan lain-lain.
"Kerja-kerja yang dilakukan baginda menunjukkan tahap komitmen tertinggi atas dasar kemanusiaan terutama dalam menyantuni banduan di penjara dengan memberikan serta menyerlahkan kemahiran mereka.
"Banduan yang kehilangan arah dalam kehidupan diberi 'kehidupan semula' oleh baginda untuk membina kehidupan dengan kemahiran baharu.
"Anugerah kepada Tunku Azizah ini adalah wajar dan memberi tanda aras dalam bentuk inisiatif yang dilakukan terutama dalam memartabatkan seni warisan negara untuk generasi akan datang," katanya. - KitaReporters.com