HOT!! SALMAN KHAN DERA SAYA - AISHWARYA RAI
Published byBENARKAH aktor sado Salman Khan seorang ‘kaki pukul’ dalam realiti kehidupan sebenar di sebalik paparan dirinya sebagai hero yang membelasah musuh dalam filem-filem lakonannya? : KitaReporters.com
SALMAN KHAN dan Aishwarya Rai mesra ketika bercinta.
Mungkin para peminat Salman sukar mempercayai perkara ini. Tetapi ia didedahkan sendiri oleh bekas kekasihnya, aktres popular Aishwarya Rai.
Dalam satu temu bual yang dipetik oleh ‘International The News’, Aishwarya mendedahkan Salman sering menderanya secara fizikal mengakibatkan dia tidak tahan lagi bersama aktor tersebut.
Pasangan tersebut menjalin cinta selama tiga tahun sebelum berpisah pada 2003.
Aishwarya kemudian berkahwin dengan aktor Abishek Bachchan, anak aktor Amitab Bachchan dan Jaya Bhaduri.
KEMESARAAN pasangan Salman Khan dan Aishwarya Rai kini tinggal kenangan.
Sementara umum mengenali Aishwarya sebagai antara artis ternama di Bollywood dan sering menerima pujian dalam filem-filem lakonannya, tidak banyak diketahui mengenai kehidupan peribadinya.
Kerana itu pendedahan Aishwarya mengenai Salman Khan dianggap satu luahan penderitaan berat yang ditanggungnya tetapi disembunyikan dan disimpan dalam hatinya selama ini.
Umum memang mengetahui kisah cinta mereka berdua tetapi tiada siapa tahu ranjau cinta yang dilalui oleh Asihwarya akibat sikap ganas Salman.
Aishwarya mengesahkan dia menghadapi masalah deraan fizikal daripada Salman selama tempoh tiga tahun mereka bersama memadu cinta.
“Dia akan menelefon saya pada waktu tidak sesuai dan bercakap benda-benda mengarut. Malah dia juga mengesyaki saya mempunyai hubungan dengan pelakon-pelakon lelaki lain yang membintangi filem bersama saya,” kata Aishwarya.
Menurutnya, pada waktu-waktu tertentu Salman menderanya secara fizikal. Nasib baik tidak terdapat kesan-kesaan dera pada badannya dan dia pergi bekerja seolah-olah tiada apa berlaku.
SALMAN KHAN masih mencari pasangan hidup.
Bagaimanapun Salman Khan ketika memberi reaksi terhadap dakwaan Aishwarya itu menafikan dia pernah berkasar atau mendera bekas Ratu Cantik Dunia 1994 itu.
“Saya tidak pernah memukulnya atau menderanya secara fizikal. Sebaliknya saya yang menjadi emosional apabila bertengkar dan mencederakan diri sendiri,” katanya.
Salman mendakwa, ketika bertengkar dia pernah menghantuk kepalanya ke dinding dan cedera tetapi dia sama sekali tidak akan mencederakan orang lain.
Dia menyifatkan pertengkaran adalah antara ciri cinta. Jika langsung tidak ada pertengkaran bermakna tidak ada hubungan cinta dan kasih sayang antara dua insan.
“Saya tidak akan bertengkar dengan orang luar. Apabila kami berkelahi ia semuanya adalah kerana cinta,” dakwa hero filem pecah panggung ‘Dabangg’ itu.
SALMAN KHAN dan Aishwarya Rai dalam 'Hum Dil De Chuke Sanam' yang turut dibintangi Ajay Devgn.
Salman Khan dan Aishwarya pernah berlakon bersama dalam beberapa buah filem, termasuk filem-filem box-office seperti ‘Hum DilDe Chuke Sanam’ dan ‘Hum Tumhare HainSanam’.
Yang pasti pasangan kekasih itu sudah lama berpisah.
Sementara Aishwarya sudah berkahwin dan mempunyai anak perempuan bernama Aaradhya, Salman masih tercari-cari siapa bakal menjadi teman hidupnya! - KitaReporters.com
WAJAH jelita Raru Cantik Dunia 1994.
AISHWARYA RAI bersama suami, Abishek Bachchan dan anak Aaradhya.
AISHWARYA RAI bersama anak, Aaradhya.