PENING DIKELILINGI HUTANG? INI CARA ATASINYA

Published by
KitaReporters
ADAKAH anda dihujani beban hutang sekeliling pinggang? Ada hutang kad kredit, hutang kereta, hutang rumah mahu pun hutang peribadi kepada bank atau orang perseorangan.  Lebih merunsingkan jika berhutang dengan ah long yang tidak berdaftar. Penghutang sering diganggu dengan ancaman cedera, membunuh dan sebagainya. : KitaReporters.com


Aduh! Memang pening dan terasa nak lari rasanya…. malah apabila radio memutarkan lagu ‘Hutang’ yang kini popular dari kumpulan Floor 88 sudah tentu bertambah kacau bilau dibuatnya.

Untuk rekod, kajian Indeks Sentimen Pelabur Manulife (MISI) mendapati 68 peratus daripada rakyat Malaysia dibebani dengan hutang dan lebih dua kali ganda purata serantau seba­nyak 33 peratus.

Malah, anggaran purata hutang di Malaysia adalah RM56,000 iaitu kira-kira 10 kali lebih tinggi daripada purata pendapatan peribadi bulanan individu.

Hutang rakyat negara ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh perbelanjaan keperluan hidup sebanyak 60 peratus, bayaran sewa kediaman (44 peratus) dan pelajaran anak-anak (37 peratus).

“Kebanyakan daripada hutang yang ditanggung adalah bersifat jangka panjang dengan satu perempat da­ripada mereka yang berhutang tidak dapat membayarnya selama tiga tahun atau lebih,” demikian antara coretan ringkas yang dibicarakan oleh seorang bekas pengurus bank, Khairi Aizat Hasan atau lebih popular disapa  “KA” . 

Berpeluang bertemu dengan Khairi dalam satu wawancara eksklusif baru-baru ini, beliau berpendapat masalah hutang jika tidak diselesaikan dengan cara betul mampu mengganggu gugat kehidupan seseorang kepada tahap membunuh sekali pun.

Khairi Aizat menunjukkan formula yang digunakan untuk membantu masyarakat atasi beban hutang ketika ditemui di Kelab Tasik Putrajaya baru-baru ini.


Sebenarnya, menanggung hutang bukan bermakna berakhirnya sebuah impian.

Sebagai seorang Muslimat, Allah memberikan kita fikiran dan tawakal untuk berfikir dengan tenang apa tindakan yang sebaiknya jika menghadapi masalah khususnya berhutang.

“Saya pernah mengalami situasi yang sama. Walau pun sepanjang tujuh tahun berada dalam industri perbankan tidak bererti saya bijak menguruskan kewangan sendiri. 

"Dan dek kerana itulah saya turut terjerumus dengan beban hutang termasuklah kereta ditarik dan rumah pula hampir dilelong,” cerita Khairi tanpa berselindung.

Pendekkan cerita, belajar daripada kesilapan dan pengalaman lalu, Khairi bangkit dengan semangat mahu membantu golongan yang terbeban hutang kronik sepertinya dahulu.

Sehubungan itu, lahirnya Khairi Aizat Consultancy, sebuah firma perunding miliknya yang komited untuk membantu masyarakat tentang pengurusan hutang secara bijak.

Beroperasi sejak Jan 2018 di pejabat korporat Menara UOA Subang dengan kekuatan 6 kakitangan sepenuh masa yang berpengalaman dalam bidang perbankan dan kewangan, KA menyasarkan dapat membantu kira-kira 1,000 orang bebas hutang pada tahun hadapan. 

Malah, beliau mahu membantu sehingga bilangan 10,000 orang secara percuma mengenai bagaimana cara terbaik mengurus hutang melalui bengkel Pengurusan Hutang secara dalam talian,

Oleh itu,  Khairi mengajak mereka yang bermasalah mengikuti Bengkel Penstrukturan Semula Hutang yang telah dimulakan sejak bulan Oktober lalu dan seterusnya setiap bulan hingga sepanjang tahun 2020.

Bersama dua kakitangan kuatnya yang pakar dalam institusi kewangan.


“Terkini, program itu  dijenamakan semula sebagai 'Projek Intensif Bebas Beban Hutang'  bagi disesuaikan dengan perubahan gaya hidup masyarakat masa kini,” ujar Khairi.

Menurutnya, bengkel yang berlangsung selama setengah hari dengan yuran mampu bayar itu akan membantu peserta menstruktur semula semua hutang mereka menggunakan formula yang disediakan untuk mencapai hidup bebas bebanan hutang,

“Mereka cuma perlu membawa penyata pendapatan terbaharu dan salinan laporan rekod kredit iaitu CCRIS yang boleh didapati secara perrcuma dari Bank Negara,” tambah KA.

Dengan adanya dokumen penting itu, dapatlah diketahui sejauh mana tahap beban hutang yang ditanggung sama ada tahap sihat atau kronik, jelasnya lagi.


Korang mesti mahu tahu kan apa hasilnya kelak?

“Apa yang bakal dikecapi peserta antaranya rendahkan komitment hutang bulanan, dapatkan diskaun faedah daripada bank, penyediaan tabung kecemasan permulaan RM10,000, membina pendapatan pasif bulanan sehingga RM666 setiap bulan dan memiliki hartanah di bawah nilai pasaran,” jawab Khairi.

Bercerita lanjut, KA memberitahu, setekat ini Bengkel Penstrukturan Semula Hutang itu telah berjaya membantu lebih daripada 200 peserta bebas daripada masalah bebanan hutang daripada pelbagai status rekod hutang, latar belakang dan kerjaya.

Apa pun bab hutang ini adalah ‘P&C” (private & confidential) kata orang, tetapi jika mahu menyelesaikannya eloklah berkongsi ceritanya dengan pakar yang mampu membantu seperti KA Consultancy ini.

Mana tahu selepas ini anda dah bebas hutang dan hidup aman makmur tanpa gangguan lagi. 

Kalau tak terpesona dengan formula tu, tak tahulah nak kata apa lagi kan?

Jadi, jika nak tahu info lanjut berhubung yuran perunding dan sebagainya boleh menghubungi KA melalui talian 010 2210 654 atau layari laman webnya di www,khairiaizat.com. - KitaReporters.com

10
1
0
0
0

Copy Link: