Syabas China! Berjaya damaikan Fatah dan Hamas! 12 fraksi Palestin tamatkan sengketa! - Ismail Sabri
Published by
KitaReporters
--title--
"Alhamdulillah, syukur, Hamas dan Fatah bersama 12 kelompok Palestin kembali bersatu dengan berikrar menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan.
"Deklarasi Beijing yang ditandatangani kumpulan-kumpulan tersebut semalam (23 Julai 2024) amat penting untuk membuktikan bahawa mereka telah bersatu dan bersedia untuk bersama-sama membina kembali Palestin selepas diceroboh serta dijajah oleh Israel.
"Usaha ini harus diikuti seluruh dunia yang bukan hanya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara tetapi bersama-sama berusaha menamatkan penghapusan etnik dan kezaliman yang paling dahsyat pada abad ini.
"Semoga perdamaian ini benar-benar ini diterjemahkan, bukan hanya di atas kertas sahaja. Palestin bebas dan merdeka!"
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Perdana Menteri
13
7
0
6
0