Kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada 11 September 2023


Pagi tadi (11 September 2023) saya telah membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

Kerajaan Perpaduan kini sedang mempersiap negara bagi menempuhi fasa kedua RMK12 yang diberi tema “Mampan, Berpendapatan Tinggi, Sejahtera” dengan 3 tumpuan utama, yakni memperkukuh kemampanan, membangunkan masyarakat sejahtera dan menuju negara berpendapatan tinggi.
Saya gariskan sebanyak 17 anjakan utama dan 71 inisiatif utama yang diperkenal bagi memastikan keberhasilan perkara yang disasarkan. 

KSP RMK12 ini akan terus memperkukuh agenda pembangunan negara dan rakyat ke arah mencapai matlamat Ekonomi Madani.

Meniti ulang tahun penubuhan negara Malaysia yang ke-60, saya yakin inilah masanya kita mengangkat maruah dan martabat negara kembali ke landasan asal serta memastikan bahawa setiap rakyat dapat mengecapi rasa bahagia dan aman hidup negara ini tanpa sesekali merasa disisihkan. 

Ayuh kita merangkul muafakat menjadi satu ketumbukan ampuh untuk sama-sama memajukan tanah air tercinta ini. 


16
9
0
15
0

Copy Link: