Video| Hina Islam! Bakar al-Quran di Sweden! Pesta makan daging babi di tepi masjid di Korea Selatan!
Published by
KitaReporters
--title--
Sebahagian warga menyertai pesta makan daging babi di sebuah lorong berhampiran sebuah bangunan yang dijadikan masjid. - Kredit foto: Tangkap layar dari Twitter Raphael Rashid @koryodynasty
Islamofobia berlaku di banyak negara. Oleh kerana jumlah penduduk beragama Islam tidak banyak di sesuatu tempat menyebabkan penduduk majoriti berani bertindak berani bagi menghina agama Islam.
Insiden biadab terbaharu terjadi di Korea Selatan. Sejumlah warga di Daehyeon-dong, Daegu mengadakan pesta makanan daging babi di sebuah lorong sebelah bangunan yang dijadikan masjid.
Sejumlah foto tular dalam laman sosial antaranya dalam Twitter milik Raphael Rashid @koryodynasty serta beberapa media tempatan. Tindakan itu sebagai protes pembinaan masjid di bandar itu.
Lagi cerita-cerita kontroversi berkaitan gejala Islamofobia
Bantahan pembinaan masjid sudah dimulakan sejak 2020 apabila kerajaan tempatan bersetuju dengan pembinaan sebuah masjid berhampiran Universiti Nasional Kyungpook.
Ini kerana ramai mahasiswa Muslim luar negara memerlukan tempat ibadat. Tindakan biadab itu menyebabkan sejumlah warga Muslim membuat demonstasi.
"Jika penduduk tempatan ingin kami menghormati budaya mereka, budaya kami juga perlu dihormati," kata salah seorang penunjuk perasaan kepada media yang membuat liputan pada Jumaat, 3 Februari 2023.
Islam kini merupakan agama minoriti di Korea Selatan.
Pada tahun 2019, penduduk Korea Selatan berjumlah 59.773 juta dengan penduduk Islam cuma kira-kira 50 ribu yang kebanyakanya pelajar dan pekerja asing.
Menurut Dew Research Centre, jumlah warga memeluk Islam meningkat secara perlahan. Jumlah masjid tidak banyak di Korea Selatan, namun tetap ada masjid di bandar besar seperti Seoul dan Busan. - KitaReporters
Kepala babi turut dipamer yang mengundang kemarahan umat Islam di Korea Selatan.
13
10
0
7
0