Solidariti bersama Turkiye, Syria! MAPIM rayu sumbangan bantu mangsa gempa! Hantar pasukan penilai!

Published by
KitaReporters


ATAS dasar tanggungjawab bersama, semua pemimpin dunia perlu bertindak balas segera dalam membantu rakyat Turkiye dan Syria yang berdepan saat getir menghadapi bencana gempa bumi.

Menggunakan kesempatan itu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa rakyat di negara ini mengambil bahagian dan menghulurkan bantuan secara tunai dan barangan untuk dihantar ke Turkiye dan Syria.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bantuan kemanusiaan


Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa gempa bumi yang melanda Turki dan Syria.

Sehingga kini lebih 7,000 yang terkorban dalam tragedi  gempa bumi yang dianggap paling besar selepas 84 tahun lalu.

Gempa bumi pertama dan kedua telah meragut beribu-ribu nyawa di tengah-tengah kesejukan yang teruk yang sekarang di rantau ini.

Sehingga kini, terdapat 70 negara di seluruh dunia menghantar bantuan ke Turkiye namun masih ada lokasi yang tidak menerima bantuan yang mencukupi.




"Kami menyedari sepenuhnya situasi yang amat sukar untuk melaksanakan operasi menyelamat. 

"Ribut yang teruk dan cuaca beku akan menjadi cabaran hebat bagi operasi menyelamat untuk mengesan mangsa di bawah runtuhan beribu-ribu bangunan.

“Kami berdoa agar operasi mencari mangsa yang terselamat akan berkesan,” katanya.



Justeru beliau menggesa supaya rakyat di negara ini  mengambil inisiatif menghulurkan apa sahaja sumbangan untuk membantu Turki dan Syria pada masa yang memerlukan ini.

MAPIM menggesa rakyat Malaysia menghulurkan bantuan secara tunai dan barangan. Satu pasukan akan dikerahkan segera untuk menilai keadaan dan mengatur operasi bantuan kemanusiaan.

Sumbangan boleh disalurkan kepada MAPIM untuk penghantaran segera ke Turkiye dan Syria. - KitaReporters


19
10
0
12
0

Copy Link: