Video| Kayuhan demi Palestin! Zul Yahya berbasikal dari Ipoh ke JB dan balik semula! Kutip derma!
Published byBEKAS pelakon dan pelawak, Zul Yahya atau nama sebenarnya Zulkefli Yahaya, 51, berbasikal dari Ipoh ke Johor Bharu dan kembali semula ke Ipoh sebagai solidariti buat Palestin.
Setelah melalui perjalanan 220 kilometer (km), Zul tiba di Kuala Lumpur pada malam 21 Oktober 2023 dan disambut beberapa rakan termasuk rakan artis seperti Datuk Afdlin Shauki Aksan.
Zul kemudian membuat kiraan dana yang diterimanya. Dan jumlah yang diterimanya RM1,200 dan Afdlin Shauki menambah kutipan sebanyak RM1,200. Dan jumlah kutipan yang dimasukkan ke Yayasan Afdlin Shauki.
Setakat 21 Oktober 2023 ialah RM2,400. Namun Zul yakin dana yang diterimanya akan meningkat sepanjang perjalanan ke Johor Bahru dan kembali ke Ipoh nanti.
Pada jam 12 tengah hari, 23 Oktober 2023, Zul meneruskan kayuhan dari Stadium Kajang, Selangor menuju Seremban, Negeri Sembilan.
Zul Yahya terlibat sebagai pelakon sejak 1990 hingga 2018. Dia banyak membawakan watak komedi. Antara drama komedi lakonannya yang diingati ramai ialah ‘Pepaya’.