Tahniah barisan Exco Kedah! Sanusi buat kejutan! Pas mendominasi senarai! 6 Pas, 3 Bersatu, 1 Gerakan!
Published bySETELAH lama berteka-teki sejak meraih kemenangan luar biasa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah, pada Isnin, 21 Ogos 2023.
Kesemua 10 Exco terlibat mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada pukul 10 pagi dalam istiadat tertutup dengan cuma kehadiran media rasmi.
Sesuatu yang menarik tentang, barisan Exco Kedah pimpinan Muhammad Sanusi yang mencetuskan fenomena, The Greater Kedah ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas mendominasi barisan itu sekali gus memberi sedikit kejutan.
Sebanyak enam ADUN Pas terpilih dalam barisan Exco berkenaan termasuk tiga daripada mereka dilantik semula setelah penggal lepas, sementara Bersatu pula hanya memperoleh tiga jawatan berbanding lima sebelum ini.
Gerakan menjadi calon tunggal dalam barisan Exco berkenaan.
BARISAN EXCO KEDAH
Muhammad Sanusi yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua pada 14 Ogos 2023 lepas kini memegang lapan portfolio berbanding tujuh pada penggal lepas melalui penambahan satu portfolio baharu, Jawatankuasa Kerjasama Luar.
Meraih perhatian adalah bekas Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah yang juga ADUN Jitra dari Pas iaitu muka baharu yang ditampilkan dalam barisan Exco berkenaan.
Exco muka baharu lain termasuk ADUN Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria (Pas); ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani (Bersatu); ADUN Kubang Rotan, Datuk Salleh Saidin; ADUN Alor Mengkudu, Muhammad Radhi Mat Din (Pas) dan ADUN Kulim, Wong Chia Zhen (Gerakan).
Cuma tiga muka lama Exco dikekalkan bagi penggal ini iaitu ADUN Merbau Pulas, Datuk Siti Aishah Ghazali yang juga dari Pas; ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Halimaton Shaadiah Saad (Bersatu) dan ADUN Kuala Nerang, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria (Pas).
DR HAIM HILMAN ABDULLAH
Muhammad Sanusi setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung barisan Exco berkenaan.
Itu termasuk khabar angin yang mengatakan pelantikan Exco tersebut meraih rasa kurang senang dalam kalangan ADUN daripada parti lain dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) Kedah itu gara-gara pembahagiannya.
Pada PRN Kedah, 12 Ogos lepas, PN Kedah meraih kemenangan besar dengan 33 kerusi berbanding gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang cuma meraih tiga kerusi gara-gara gelombang hijau PN.
Usai PRN itu, Pas kini menguasai DUN Kedah dengan 21 kerusi diikuti Bersatu (11), Gerakan (1), PKR (2) dan DAP (1).
Berikut senarai penuh barisan Exco Kedah:
1. Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Pembangunan Kedah 2035, Kerjasama Luar)
2. Datuk Siti Aishah Ghazali (Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan)
3. Mohd. Azam Abd Samat (Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan)
4. Dr Haim Hilman Abdullah (Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi; Sains, Teknologi dan Inovasi)
5. Datuk Halimaton Shaadiah Saad (Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan)
6. Mohamad Yusoff@Munir Zakaria (Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar)
7. Mejar (B) Mansor Zakaria (Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan)
8. Dzowahir Ab Ghani (Pertanian, Perladangan, Pengangkutan)
9. Datuk Mohd Salleh Saidin (Pelacongan, Kebudayaan, Keusahawanan)
10. Muhammad Radhi Mat Din (Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan)
11. Wong Chia Zhen (Sumber Manusia; Masyarakat Cina, India dan Siam; NGO) - KitaReporters
MUHAMMAD Radhi Mat Din dari gelanggang bola sepak ke dunia politik.