Berita Terkini| Isu pertukaran guru! KPM kini fasa akhir penelitian! Pendekatan lebih efisien!
Published by“Guru duka-lara” yang memohon pertukaran boleh menarik nafas lega apabila isu permohonan pertukaran kini dalan fasa akhir penelitian Kementerian Pendidikan (KPM).
KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) kini berada dalam fasa akhir meneliti pendekatan yang lebih efisien dan menyeluruh berhubung dasar pertukaran guru.
Menteri
Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kementeriannya sedar
isu permohonan pertukaran guru telah berlarutan bertahun-tahun lamanya.
“Dari pagi
tadi saya meneliti dokumen dan juga berbincang berkaitan hal pertukaran guru
ini. Insya-Allah, KPM akan terus ikhtiarkan yang terbaik demi masa depan
pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya seperti dipetik oleh Bernama pada 25 Julai 2021.
Tegas beliau
perkara yang penting dalam menimbang permohonan pertukaran guru ini adalah
memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.
"Ini
bermaksud kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran di negeri dan
tempat yang dimohon merupakan pertimbangan utama,” katanya.
Pada 2019, dilaporkan terdapat kira-kira 23,000 permohonan pertukaran guru termasuk guru duka lara melibatkan sekolah rendah dan menengah.
Daripada jumlah itu, hanya 2,245 permohonan diluluskan. - KitaReporters
SABAR... KPM kini dalam penilitian akhir meneliti pendekatan yang lebih efisyen. - Kredit Foto: The Sundaily.my