Kami terkejut dan menyatakan bantahan keras terhadap India yang mengeluarkan peraturan mengharamkan edaran, jualan produk yang mempunyai label halal.

Tindakan mendadak pihak berkuasa Uttar Pradesh menyifatkan sijil halal pada produk sebagai menyalahi undang-undang adalah satu keputusan yang mendiskriminasi dan menindas hak masyarakat Islam di negara itu. Ini adalah satu lagi dasar India yang terbaharu yang menidakkan hak masyarakat Islam.

Mengikut laporan terkini, India mengharam pengedaran dan penjualan produk yang diperakui halal, termasuk tenusu, pakaian dan ubatan dengan mendakwa ia menyalahi undang-undang.

Kami menyoal apakah masalahnya penduduk di India mengamalkan produk yang dilabelkan halal oleh syarikat yang mengeluarkan satu-satu produk untuk kepentingan pembeli atau pengguna Islam?



Dakwaan bahawa “Pensijilan halal produk makanan adalah sistem  yang menimbulkan kekeliruan mengenai kualiti barangan,” adalah satu dakwaan yang sengaja dikeluarkan untuk mendiskriminasi hak umat Islam dinegara itu.

MAPIM juga nembantah tindakan Lembaga Keselamatan dan Piawaian Makanan India (FSSAI) yang merupakan badan tertinggi negara itu yang bertanggungjawab menentukan piawaian bagi kebanyakan produk. Badan tersebut mengharamkan mengguna label halal. 

Kami menyokong pengkritik yang menganalisis bahawa India mempunyai agenda untuk memecahbelahkan penduduk Islam di negara itu . Sehingga kini, hak golongan Islam dinafikan berterusan dalam agenda menyebar sentimen Islamofobia.

MAPIM menolak dakwaan “Agama tidak boleh dimasukkan dalam makanan." Agama Hindu mengajar pengikutnya tidak boleh makan daging lembu atas alasan agama. Kenapa orang Islam dinafi hak untuk tidak boleh makan makanan yang diharam oleh syariat Islam?

Label halal telah menjadi amalan perdagangan antarabangsa. Mengapa India menolak amalan ini sedangkan ia terlibat berdagang dengan negara-negara Islam.



Kami mendesak India menarik balik peraturan tersebut dan memelihara hak orang Islam di negara tersebut.

Kami negara Islam seluruh dunia melancarkan boikot ke atas India jika India berterusan melaksanakan dasar penindasan dan diskriminasi serta propaganda kebencian terhadap umat Islam.


Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)



9
7
0
13
0

Copy Link: