Kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Sabah mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat negeri itu.

Semua sedia maklum, bukan mudah untuk melihat Agong dan Permaisuri hadir ke Borneo dek kerana lautan menjadi pemisah. Disebabkan itu, kehadiran Seri Paduka berdua ke negeri Di Bawah Bayu itu bagai satu rahmat kepada mereka. 

Seperti Rukun Negara kedua iaitu Kesetian Kepada Raja dan Negara. Slogan ini begitu dekat dengan rakyat kerana saban hari kita membaca sewaktu sekolah dahulu.

Maka secara tidak langsung, ia telah terzahir dan mampu menarik minat orang ramai untuk bersama-sama menunjukkan orang Sabah memang tidak sabar menanti kehadiran Tuanku serta Permaisuri. 

Bahkan ini satu berita gembira buat orang ramai kerana dapat berjumpa secara berdepan sehingga ada yang sanggup menunggu sehingga lewat malam kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan yang sukar untuk diperoleh pada masa akan datang. 

Video yang dikongsi oleh pihak Istana Negara jelas memperlihat bagaimana mereka beratur di sepanjang jalan tanpa mengira peringkat umur. 




Sambutan yang menggalakkan ini  memperlihat bagaimana rakyat begitu sayang kepada Agong serta Permaisuri dan ia telah ditunjukkan pada sesi kembara Seri Paduka. 

Sifat rahmah dan mesra rakyat cukup terkenal daripada kerabat diraja Pahang ini dan mereka tidak kekok untuk bersapa dengan orang yang ada di situ. Bagi mereka yang bertuah, pasti dapat bersalam dan bergambar serta bertegur sapa. 

Banyak video yang dikongsikan dalam media sosial sehingga ia menjadi trending jelas menunjukkan Agong dan Permaisuri ada aura seorang pemimpin dan 'payung' kepada negara. Bukti jelas raja dan rakyat berpisah tiada.

Biarpun cuaca kadangkala hujan atau panas, mereka setia berdiri dan menunggu dengan penuh kesabaran serta kegembiraan.





Kehadiran Tuanku serta Permaisuri juga seperti rahmat untuk mereka apabila keadaan jalan yang sebelum ini rosak dan berlubang kini telah dibaiki dan dibaharui dengan kadar segera. 

Biarpun ini hanya kembara dan berhenti di beberapa tempat sahaja namun kemudahan infrastruktur  di sesetengah kawasan itu telah dinaik taraf dengan baik. Penduduk sekitar juga mendapat manfaat untuk kegunaan harian mereka.  

Kembara Kenali Borneo hingga 13 September ini akan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei memberi peluang keemasan bagi rakyat di kedua-dua negeri untuk beramah mesra dengan pasangan diraja dan delegasi. - KitaReporters



11
8
0
10
0

Copy Link: