Matlamat syahid Briged Al-Qassam! Dulu dianggap kucing kurap, kini harimau lapar! Malukan Israel, AS!

Published by
KitaReporters


SERANGAN mengejut Briged Al-Qassam terhadap kedudukan aparteid Israel pada Sabtu, 7 Oktober 2023 lalu mengejutkan negara Zionis. Mulut mereka melopong seperti tidak percaya malah tidak pernah menyangka peristiwa itu akan berlaku. Ia seperti serangan balas kilat pasukan bola sepak Palestin terhadap Israel yang melepasi perangkap "off-side" sehingga barisan pertahanan lawan kucar kacir dan terus menjaringkan gol.

Serangan mengejut itu membunuh ratusan orang dan ribuan lagi cedera. Malah, media antarabangsa melaporkan, kira-kira 5,000 peluru berpandu yang dilancarkan pejuang Palestin melolosi sempadan Gaza, di selatan Israel. Mereka turut menahan ramai tentera aparteid Israel.

Selepas serangan mengejut itu membuka mata banyak pihak, ada perasaan ingin tahun dan cemas dengan kebolehan Briged Al-Qassam yang sebelum ini sering dianggap kucing kurap, kini bingkas menjadi harimau lapar yang tidak takut kepada sesiapa kecuali Allah.

.

Tentera Briged Al-Qassam yang lengkap bersenjata memalukan tentera Zionis kerana berjaya melepasi kawalan keselamatan di sempadan dan masuk untuk menyerang mereka. - Gambar Agensi.


Siapakah Briged Al-Qassam? Briged Al-Qassam adalah sayap kanan HAMAS. Pasukan komando elit berani mati itu adalah pejuang paling digeruni tentera Israel dan sering mencapai kejayaan biarpun tanpa memiliki teknologi ketenteraan canggih.

Briged Al-Qassam diambil daripada nama Izz ad-Din al-Qassam, seorang mujahid Palestin yang gugur syahid pada 1935 berdekatan Jenin. Pengasasnya seorang yang berpengaruh dalam HAMAS, Salah Shehadeh. Ia ditubuhkan pada 1987 bagi mempertahan tanah air Palestin daripada serangan bacul aparteid Israel.

Komando elit Al-Qassam ini terdiri daripada anak muda dan rakyat Palestin yang lahir serta membesar di bumi Palestin. Mereka melihat, merasa, menyaksikan kezaliman tentera Israel terhadap keluarga mereka. 

Daripada pengalaman itu, mereka membina kekuatan menjadi manusia berani, cekal dan tidak takut mati. Syahid adalah matlamat mereka dan matlamatnya ialah membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa.


Siapa sangka tentera Hamas, Palestin mampu menghasilkan roket untuk menembak ke Israel termasuk kawasan penempatan haram Zionis. - Gambar Agensi


Kejayaan panglima Islam, Salahuddin al-Ayyubi membebaskan Baitulmaqdis pada abad ke-12 menjadi motivasi bahawa usaha yang mereka lakukan itu bukan sia-sia kerana Allah ada berjaya untuk membantu.

Ada banyak syarat ketat untuk menjadi anggota tentera Al-Qassam, antaranya:

1.  Mendapatkan keizinan daripada ibu bapa. Rata-rata ibu bapa di Palestin mahukan anak mereka syahid.

2. Mendapatkan keizinan  ketua masjid di tempat tinggal yang mengesahkan selama tiga bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat subuh berjamaah di masjid.

3. Anggota HAMAS dan Al-Qassam bukan sahaja bebas daripada melakukan maksiat tapi  tidak merokok.

4. Setiap anggota wajib mempelajari tafsir al-Quran.

5. Setiap anggota wajib membaca al-Quran sehari satu juz.

6. Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadis Imam Nawawi.

7. Membiasakan berpuasa sunat dan bertahajud.

8. Kecerdasan (IQ) yang tinggi.

9. Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

10. Melakukan zikir harian.

11. Melakukan olahraga atau beriadah.

12. Bersiap sedia syahid bila-bila masa dan di mana sahaja.

Briged Al-Qassam perlu menutup muka bagi mengelak identiti mereka dikenali musuh. - Gambar Agensi.


Keperibadian inilah, muncul kekuatan serta keimanan yang luar biasa kerana mereka sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini mengingatkan kepada kehebatan fizikal dan kerohanian tentera Sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan Kota Contantinapole (kini Istanbul) pada 1453.

Buktinya, tentera Sultan Muhammad al-Fateh membawa kapal-kapal masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan mana-mana tentera sebelum ini.  

Selain itu, anggota Briged Al-Qassam juga dididik ulama mereka sentiasa menjaga solat lima waktu secara berjemaah, mengamalkan sunah Rasulullah SAW, taat kepada ajaran Islam, berdisiplin, mentaati amir, dan bersedia untuk syahid demi agama dan bangsa.

Keimanan amat tinggi sehinggakan ada antara yang berkata mereka tidak memerlukan apa-apa bantuan, cukup sekadar umat Islam mendoakan mereka. Bukan doakan mereka selamat tetapi agar cepat syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia yang amat digeruni tentera aparteid Israel.

Amaran salah seorang pemimpin Briged Al-Qassam supaya Israel menghentikan penindasan dan kekejaman kepada penduduk Palestin atau mereka akan terus diserang. - Gambar Agensi


Kebanyakan kematian tentera aparteid Israel disebabkan serangan darat komando Al-Qassam. Operasi dilakukan secara tersusun dan selesai dalam tempoh dua minit untuk menyerang dan berundur ke terowong. Mereka juga menggunakan alat kawalan jauh untuk memusnahkan kereta kebal Israel.

Ini yang mereka lakukan pada 7 Oktober 2023 lalu, mereka menyerang dan berundur seperti kilat. Mereka mahir menggunakan terowong rahsia bawah tanah yang mempunyai ribuan lorong dan dipasang perangkap bom. Ini menyukarkan tentera aparteid Zionis mengesan mereka malah ramai tentera Israel terbunuh akibat perangkap bom berkenaan.

Siapa kata mereka tidak mampu mencipta roket? iR-160 ialah roket yang boleh ditembak sejauh 160 kilometer. Ini yang mereka lakukan untuk memusnahkan penempatan haram Yahudi di bahagian selatan. 

Tiada lagi tempat selamat untuk rakyat israel. Ia dihasilkan pada 2001. Paling canggih ialah roket M-302 yang boleh ditembak sejauh 120 kilometer, dihasilkan pada 2014.


Setiap anggota Briged Al-Qassam wajib menunaikan solat,  berzikir harian, solat malam, dilarang merokok dan melakukan maksiat. - Gambar Agensi.


Pasukan penembak tepat (sniper) juga tidak kurang hebatnya yang diberi nama, Ghoul. Penembak berkenaan mampu menembak dalam jarak dua kilometer sedangkan sniper biasa hanya mampu menembak sejauh satu kilometer. Senjata ini mempunyai sistem teleskopik.

Terkini, Israel dan Amerika Syarikat kian bimbang kerana Al-Qassam memiliki sistem pertahanan anti Iron Dome yang dianggap penangkis roket terbaik di dunia. Malah, mereka ada pesawat tanpa pemandu dikenali, "Ababil" yang pernah terbang dan melalui  kawasan penempatan haram Israel. Terakhir, kekuatan amfibianya mampu menyelinap dari laut dan mendarat di sebuah kem tentera untuk melakukan serangan darat.

Namun, kekuatan mereka paling tinggi ialah Allah. Mereka yakin suatu hari nanti, doa rakyat Palestin untuk melihat bumi Palestin bebas daripada cengkaman Yahudi akan dimakbul Ilahi. 

Justeru, mereka akan terus berjuang kerana inilah peluang yang dihidang oleh Allah untuk mereka syahid dan menjadi tetamu di syurga nanti.

Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar! - KitaReporters

16
11
0
19
0

Copy Link: