Jumlah kematian dan kerosakan di Palestin khususnya Gaza sejak 7 Oktober 2023 setakat ini (21 November 2023) akibat pengeboman dan pembunuhan beramai-ramai (genosid) serta penghapussn etnik oleh regim aparteid Zionis di Israel.

  • Kematian: Lebih 13,000 orang (Muslim dan Kristian) termasuk lebih 5,500 kanak-kanak dan 3,500 wanita
  • Kecederaan: Lebih 30,000 dengan 75% adalah kanak-kanak dan wanita
  • Orang hilang: Lebih 6,000 orang dengan kebanyakan mereka berada di bawah timbunan runtuhan bangunan kediaman
  • Masjid: 83 masjid musnah sama sekali, manakala 166 yang lain alami kerosakan teruk
  • Perumahan: Lebih 43,000 kediaman teruk musnah sama sekali, manakala lebih 225,000 l;agi alami kerosakan teruk (yang bermakna 66% daripada perumahan di Semenanjung Gaza telah terjejas teruk akibat pengeboman)
  • Hospital: 25 hospital dan 52 pusat kesihatan tidak lagi beroperasi sejak serangan 7 Oktober 2023 bermula
  • Ambulans: 55 kenderaan telah disasarkan dan berpuluh-puluh lagi tak beroperasi kerana ketiadaan bekalan minyak.

Ini semua berlaku hanya dalam tempoh 45 hari serangan kejam dan ganas aparteid Zionis.

Bayangkan jumlah keseluruhan kematian dan kerosakan bakal berlaku jika genosid dan penghapusan etnik ini terus dilakukan oleh negara aparteid Israel. - KitaReporters


12
19
0
10
0

Copy Link: