Kerajaan bincang mekanisme bantu media kekal jadi 'tiang seri' kerajaan! Salur maklumat tepat, telus!

Published by
KitaReporters

Fahmi menyerahkan cenderamata tanda terima kasih ke atas jasa bekas petugas media untuk negara.


BILA ada segelintir wira perang (key warrior) menguasai media sosial tanpa etika, menulis pula tanpa fakta tepat dan mengelirukan rakyat, usaha kerajaan untuk menerangkan maklumat dan berita yang tepat akan terjejas kerana ada yang sengaja 'kacau daun' memutar belit fakta untuk  menunjukkan tiada kesepakatan antara media dan agensi pelaksanaan kerajaan.

Tersepit antara hak dan kebebasan membuat laporan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) perlu merangka satu gerak kerja untuk mewujudkan keadaa satu suara, satu hati bagi memperkasa media supaya maklumat yang kerajaan salurkan itu, tiada was-was dan rakyat pula faham sepenuhnya tanpa ada tokoh tambah.


Antara petugas-petugas media yang hadir.


Berucap pada Majlis Apresiasi Pengamal Media bersama Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, di Hilton Kuala Lumpur pada 19 April 2023, beliau juga memberitahu bahawa kerajaan sangat prihtan dan sedang merangka mekanisme untuk membantu kesinambungan masa depan media, yang juga 'tiang seri' sistem berdemokrasi di negara ini yang turut terjejas bukan saja akibat masalah ekonomi tetapi juga jangka hayat penerbitan yang semakin mencabar.

"Disebabkan ekonomi dan keupayaan media untuk bertahan ramai wartawan bertukar bidang kerja dan ada yang terpaksa bekerja dengan agensi luar negara. Kita faham kekalutan ini dan untuk itulah kerajaan sedang dalam proses mengumpul maklumat dan berbincang satu hala tuju baru dapat membantu pengamal media ini," tambahnya.

Sebelum itu, beliau menyumbangkan sumbangan kepada 10 pengamal media dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan 10 lagi dari Bernama yang turut berkhidmat melebihi 40 tahun.



Fahmi berharap agenda pada Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023  dapat membantu kerajaan mengumpulkan idea dan maklum balas daripada pertemuan kolompok utama pengamal media yang akan berhimpun di Ipoh, Perak pada 29 Mei 2023 ini. 

"Kita juga berharap ketika berkumpul berbuka puasa dan semangat Aidilfitri ini akan membuka jalan untuk kerajaan terutama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhubung dengan lebih baik dalam usaha untuk memperkasa pengamal media dan usaha bersama menyampaikan maklumat kepada rakyat secara berkesan," katanya.

Majlis berbuka puasa tersebut lebih merupakan pertemuan santai dan menonjolkan keterbukaan Fahmi dalam menjalankan khidmatnya, berkali-kali dia memohon maaf sekiranya tersilap dalam setiap penampilan, melayan akhbar, membuat sidang akhbar yang boleh menyinggung perasaan. 

"Saya sedang berusaha untuk melakukan lebih baik. Maaf-maaf jika ada tak kena. Kami menghormati kerjaya wartawan kerana ketika di Keadilan, saya antara orang yang menarik balik larangan kepada media tertentu untuk membuat laporan. 

"Saya mahu mengembalikan hak dan kebebasan media tetapi minta tolong kerjasama dengan kami. Jika ada maklumat yang tidak tepat, hubungi kami, setiausaha akhbar kerana sedikit penjelasan kita boleh membetulkan fakta salah.

"Macam semalam saya dihubungi akhbar Borneo tentang isu pelantikan pengarah sebuah jabatan yang sebenarnya kena diluluskan oleh Ketua Menteri. Bila jelaskan kedudukan, laporan beritanya tidak mencetuskan kontroversi," katanya.


Memberikan sidang media selepas majlis berbuka puasa.


Selain itu, Fahmi juga memohon rakyat yang sibuk berbelanja pada musim perayaan ini supaya berhati-hati kerana sindiket penipuan (scammer) giat menipu dengan meminta derma atau bantuan kewangan. Kerana dia juga nyaris kena tipu apabila scammer itu menghubunginya menggunakan gambar seorang menteri wanita.

"Saya contact balik menteri ini dan minta penjelasan. Ada perkataan yang saya selalu tahu bila dia beri salam setiap pagi kepada kami. Ucapan itu tidak sama dengan salam yang selalu diutuskan. Malah nombornya juga berbeza," katanya yang meminta orang ramai menghubungi talian antiscammer untuk membolehkan Bank Negara menyekat wang daripada dikeluarkan dalam tempoh 24 jika ia berlaku. - KitaReporters


15
15
0
12
0

Copy Link: