Bebaskan Syaikh Rached Ghannouchi! Dan tahanan-tahanan politik tanpa bicara lain di Tunisia! - ABIM
Published byAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada Syaikh Rached Ghannouchi yang menjadi antara tahanan tanpa lunas keadilan undang-undang yang dilakukan oleh rejim diktator Tunisia Qais Saeed pada minggu lepas yang masih berkuat kuasa hingga hari ini (27 April 2023).
ABIM tegaskan tindakan pemerintah rejim Qais Saeed yang menghalang pimpinan pembangkang khususnya dari parti En-Nahda untuk berusaha melakukan reformasi politik menerusi tahanan tanpa bicara adalah tindakan yang harus dikecam oleh seluruh warga antarabangsa.
Malah kekejaman berterusan pemerintah Tunisia hari ini seolah telah melenyapkan harapan warga dunia yang mahu melihat episod baharu demokrasi di Tunisia sejak berlakunya Revoulusi Arab Spring yang bermula di Tunisia sejak 2011.
Justeru, ABIM turut menggesa badan hak asasi dunia untuk turut sama secara berterusan menyelar tindakan zalim yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia hari ini yang menekan suara rakyat.
Dunia harus ingat bahawa Syaikh Rached Ghannouchi merupakan antara tokoh yang memperjuang hak asasi rakyat menerusi lunas demokrasi serta menolak penggunaan kekerasan walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)