.


Mereka yang mahu menganjur perhimpunan di mana-mana tempat di negara ini kini tidak lagi diperlukan untuk mendapatkan kelulusan tempat berhimpun.

Sebaliknya mereka hanya perlu membuat pemakluman kepada polis dalam tempoh lima hari sebelum perhimpunan dirancang diadakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, "kerajaan Madani akan membentangkan pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

"Pindaan ini mengetepikan keperluan mendapat kelulusan tempat berhimpun, sebaliknya badan atau kumpulan penganjur hanya perlu membuat pemaklumkan kepada polis dalam tempoh lima hari sebelum perhimpunan," jelas beliau dalam satu kenyataan dalam akaun Facebook beliau pada 14 Februari 2025.



Keputusan ini. katanya, akan mempermudah apa jua bentuk perhimpunan, kecuali sekiranya perhimpunan itu mencetus ancaman keselamatan. 

"Sementara menunggu pindaan baharu berkuat kuasa, kerajaan memberi moratarium untuk membolehkan perhimpunan aman berjalan tanpa perlu surat kebenaran pemilik premis.

"Ini adalah reformasi penting selaras dengan prinsip Madani yang menjunjung tinggi prinsip demokrasi dan menghormati kebebasan bersuara serta berbeza pandangan," tegasnya. 

Terdahulu, semalam, 13 Februari 2025, ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, Perdana Menteri memaklumkan keputusan Kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

"Pindaan ini akan mengetepikan keperluan untuk mendapat kelulusan pemilik atau penghuni lokasi perhimpunan, seperti disyaratkan dalam Seksyen 11 Akta 736," tambahnya. - KitaReporters/Kenyataan Media


15
14
0
9
0

Copy Link: