Bekalan makanan, yang dihasilkan menerusi sumbangan daripada MAIK, khas untuk rakyat Palestin yang berdepan saat getir sejak 7 Oktober 2023 lalu. Kreditg foto: MAIK


DEMI saudara seagama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengambil peluang untuk membantu rakyat Palestin yang sedang berdepan episode hitam angkara penindasan yang berterusan daripada rejim aparteid Israel dengan menghulurkan bantuan.

Sebanyak RM40,000 disalurkan oleh MAIK menerusi misi yang direalisasikan dengan bantuan Pengarah Misi Bantuan Kecemasan Emergency Relief Gaza Palestine yang diketuai Johan Ariff Ismail.

Sumbangan itu disalurkan menerusi badan bukan kerajaan (NGO) International Relief and Humanitarian Outreach Malaysia (iReach) untuk diserahkan kepada penduduk di kawasan berkenaan.



“Kami dimaklumkan oleh sukarelawan iReach di sana, mereka sudah 10 hari tidak makan dan minum. Pada masa sama, penduduk turut berdepan dengan masalah bekalan makanan dan air bersih.

“Pihak MAIK berharap sumbangan yang diberikan ini dapat menjadi sumber kekuatan kepada mereka di sana untuk berdepan dengan situasi getir,” katanya.



Dalam perkembangan sama, MAIK memberitahu, bantuan bekalan makanan daripada pihaknya selamat tiba di lokasi perlindungan pelarian di Gaza City pada 5.45 pagi 19 Oktober 2023 lalu

Malah Maik juga turut mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin sudah dilaksanakan di seluruh masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim di Kelantan. 

“MAIK turut mengadakan kutipan Derma Khas Untuk Palestin di masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim seluruh negeri Kelantan pada hari tersebut bagi membantu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

“Ini adalah lambang solidariti dan ihsan umat Islam susulan penindasan dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim aparteid Israel,” ujarnya.  - KitaReporters


15
15
0
16
0

Copy Link: