Saleh al-Arouri. - Kredit foto: Agensi berita


Kami merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga As-Syahid Syeikh Saleh al-Arouri, Timbalan Ketua Biro Politik Gerakan Penentangan Islam (Hamas).
Kami mengutuk sekeras-kerasnya operasi sasaran aparteid Zionis.

Kami amat sedih, namun berbangga dengan seorang pemimpin inspirasi Hamas yang telah memimpin perjuangan ke tahap penentangan yang baharu.

Kami yakin pembunuhan pengecut oleh aparteid Zionis akan menguatkan lagi keazaman semua pejuang kemerdekaan Hamas.  Kepimpinannya akan menjadi inspirasi kepada semua penyokong Hamas bukan sahaja di Palestin tetapi di seluruh dunia.
Kami mendoakan semoga rohnya diganjari dengan kemuliaan setinggi-tinggi syahid dalam rahmat Allah SWT.
Pembunuhannya oleh aparteid Zionis mencerminkan rancangan berterusan untuk menghapuskan pemimpin-pemimpin penentangan yang secara berkesan menunjukkan keupayaan kuat untuk menangkis serangan di Gaza.
Kami mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi kami kepada gerakan penentangan dan mendoakan keazaman mereka untuk mencapai hak semua rakyat Palestin di tanah mereka.
Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

11
7
0
22
0

Copy Link: