Video| Erti kemerdekaan: Mesti digarap, disikapi ke arah pembangunan tatanan baik, bertanggungjawab!

Published by
KitaReporters



Kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada 30 Ogos 2023


Saya hadir menyampaikan pidato bersempena Hari Kemerdekaan esok (31 Ogos 2023) bersama barisan Jemaah Menteri, selain pegawai-pegawai tinggi Kerajaan. 

Saya bicara panjang mengenai erti kemerdekaan yang mesti digarap serta disikapi ke arah pembangunan tatanan yang baik dan bertanggungjawab.

Kepelbagaian dalam hidup bermasyarakat mesti menjadi pengikat yang menyatu padu setiap rakyat dan negara ini mesti menjadi contoh yang terbaik dalam menghidupkan kerukunan serta memaknai erti kemerdekaan sebenar. 



Mempertahan kemerdekaan tidak hanya dengan sistem pertahanan yang kuat tetapi mesti punyai jiwa merdeka yang kuat menolak sikap atau gejala pemikiran yang terjajah. 

Budaya imperialis yang menjajah serta memunggah kekayaan negara tidak harus dibudayakan, malah mesti didobrak dengan sikap yang tegas mempertahan nilai-nilai serta maruah bangsa. 

selain itu, sejarah membuktikan hancurnya tamadun sesebuah negara bukan sahaja kerana tata kelola dan rasuah, bahkan api perkauman dan kefanatikan agama yang dimainkan.

Oleh itu, sebarang usaha yang mungkin melemahkan semangat kejituan dan perpaduan dalam rakyat pelbagai kaum harus dihindari.



8
9
0
11
0

Copy Link: