Untunglah! Lagi tawaran kerja untuk KJ! TMJ pinang KJ jadi CEO JDT? Juga jadi penasihat belia Johor!

Published by
KitaReporters


Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan untuk menawarkan Khairy Jamaluddin yang lebih mesra dikenali sebagai KJ untuk menduduki jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) FC.

Tawaran itu dibuat oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi hantaran dalam laman rasmi Facebooknya yang mahu melantik KJ sebagai CEO kelab serta penasihat belia di Johor buat juara Liga Super itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Khairy Jamaluddin



“Berpengalaman, terbukti, mengapa tidak?,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen dalam laman Facebook HRH Crown Prince Johor.

Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai menyokong cadangan yang dibuat oleh TMJ serta mengucapkan tahniah buat KJ yang menerima tawaran kerja dengan cepat meskipun baru dipecat dari parti politiknya.



“Tahniah KJ, sudah dapat job,” kata Eila Naziah.

“Sudah tiba masanya Kj lupakan arena politik tanah air, mulakan kerjaya baru dengan Duli Yang Teramat Mulia TMJ,” ujar Noorazman Sabudin.

“Inila calon terbaik untuk pasukan JDT,” jelas Yusof Mosli. - KitaReporters


13
18
0
8
0

Copy Link: