Tahniah Bangsa Johor! Baru sebulan diwujudkan Tabung Kasih Johor- Palestin kumpul lebih RM1.8 juta!

Published by
KitaReporters

Onn Hafiz Ghazi mengambil kesemptan beramah mesra dengan penyumbang dan barisan exco kerajaan negeri Johor ketika menerima sumbangan Tabung Kasih Johor-Palestin dari pelbagai pihak. - Kredit foto: Facebook Onn Hafiz Ghazi.


Menginsafi penderitaan saudara-saudara Islam di Semenanjung Gaza, kerajaan negeri Johor terus komited dalam memperjuang isu Pelestin sebagai tanda solidariti.

Salah satu usaha yang dijalankan bagi membantu penduduk Gaza yang sedang dizalimi rejim Zionis Israel adalah mewujudkan Tabung Kasih Johor-Palestin yang dilancarkan pada awal Julai 2024 lalu.

Sehingga 31 Julai 2024 kira-kira sebulan selepas dilancarkan, Tabung Kasih Johor-Palestin berjaya mengumpul lebih RM1.8 juta hasil sumbangan pelbagai pihak di negeri ini.

Onn Hafiz (tengah) bersama Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani dan beberapa exc kerajaan mengaminkkan doa memohon keamanan bumi Palestin. Kredit Foto - Facebook Onn Hafiz Ghazi


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, dengan adanya inisiatif Tabung Kasih Johor-Palestin ini, kita mampu menggerakkan misi ke Gaza dan membawa sinar harapan kepada saudara-saudara kita di sana. 

"Sebahagian besar sumbangan diterima daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), syarikat-syarikat, masjid-masjid daerah serta agensi dan jabatan kerajaan di negeri Johor.

"Bagi pihak kerajaan negeri saya ingin menzahirkan jutaan terima kasih atas segala sokongan dan sumbangan yang diberikan oleh semua pihak. Semoga Allah SWT membalas setiap amal kebaikan kita," katanya menerusi laman sosial Facebooknya.

Dalam masa sama beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel di bumi Gaza yang telah meragut hampir 40 ribu nyawa tidak berdosa, manakala seramai lebih 90 ribu lagi dilaporkan cedera.

Beliau juga turut mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dalam serangan khianat Zionis di kediamannya di Tehran, Iran.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima replika cek sumbangan Johor Corporation (Jcorp) untuk Tabung Kasih Johor- Palestin. Kredit Foto - FacebookOnn Hafiz Ghazi.


Onn Hafiz juga menyeru seluruh bangsa Johor agar terus mendoakan keamanan di bumi Palestin

"Ayuh seluruh Bangsa Johor. Panjatkan doa dan teguhkan sokongan kepada saudara-saudara kita di bumi Palestin. Sama-samalah kita berdoa agar penderitaan, penindasan dan kekejaman yang tidak berperikemanusiaan ini digantikan dengan cahaya keamanan dan keadilan kembali menyinar di bumi Palestin.

"Saya yakin setiap bait-bait doa yang kita langitkan kepada Allah SWT pasti akan membawa kemenangan besar buat mereka suatu hari nanti. Semoga keadilan berpihak kepada bumi Palestin. Insya-Allah," katanya lagi. - KitaReporters

Onn Hafiz Ghazi mengalu-alukan kehadiran salah seorang wakil GLC yang menghulurkan sumbangan ke dalam Tabung Kasih Johor Palestin. - Kredit foto: Facebook Onn Hafiz Ghazi.


Sebahagian wakil daripada pelbagai syarikat GLC Johor dan syarikat korporat yang menyumbang kepada Tabung Kasih Johor-Palestin. - Kredit foto: Facebook Onn Hafiz Ghazi.


11
11
0
11
0

Copy Link: