Kami merakamkan kemarahan yang amat sangat dengan kegagalan organisasi antarabangsa dan masyarakat dunia menghentikan keganasan aparteid Israel di Gaza yang kini telah meningkatkan bilangan kematian kepada lebih daripada 20,000. 

Dan ini tidak termasuk 8,000 di bawah runtuhan bangunan dan lebih 75% daripada yang terbunuh adalah kanak-kanak.

Malah kematian yang meningkat akibat kecederaan yang tidak dirawat, kelaparan massal dan penyebaran penyakit yang boleh membunuh. 

Badan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa kelaparan adalah tidak terelakkan jika pengeboman dan keganasan aparteid Israel tidak dihentikan.

Tindakan Amerika Syarikat untuk meminta aparteid Israel "meminimumkan mangsa awam" adalah membingungkan. Malah mengesa Israel selepas 20,000 warga awam Gaza terbunuh adalah tidak dapat diterima. 

Amerika Syarikat hanya beretorika, mengetahui bagaimana ia kini berada di bawah pengasingan antarabangsa untuk sokongan tanpa syarat kepada Israel dan veto kepada gencatan senjata. 

Amerika Syarikat menyokong ketidakadilan Israel manakala ia melakukan pelanggaran yang sangat kasar terhadap undang-undang antarabangsa.

Kami menyesal bahawa dunia tidak bertindak untuk menghentikan kekejaman Israel. Mengalih daripada mesyuarat kepada perundingan antara negara-negara kelihatan tidak berguna kerana skenario di lapangan semakin memburuk.

Dengan tidak bertindak tegas untuk gencatan senjata yang kekal, organisasi antarabangsa dianggap bersekongkol dengan jenayah perang terburuk iaitu genosid oleh aparteid Israel.





Ia jelas bahawa Benjamin Netanyahu, Israel telah mengumumkan bahawa tentera aparteid Israel tidak mempunyai rancangan untuk mengakhiri perang. Israel bersedia mengabaikan dan menentang sebarang percubaan campur tangan antarabangsa dalam operasi tentera aparteid Israel di Gaza.

Aparteid Israel bertekad untuk mewujudkan Nakba kedua di Gaza. 

Menolak sebarang tekanan untuk menghentikan peperangan, Israel mengebom sehingga seluruh kawasan Gaza sehingga tidak mempunyai kawasan yang selamat di Gaza yang menghasilkan 1.8 juta pelarian dalaman. Nakba kedua di Gaza sedang diperlaku.

Kematian warga awam Palestin dalam serangan semasa telah melebihi jumlah kematian oleh serangan Israel antara 2008-2021 (13 tahun) dengan hampir 5,000 terbunuh berbanding 20,000 kematian dalam masa 75 hari dari 7 Oktober sehingga 23 Disember 2023.

Kegagalan untuk mendapatkan resolusi yang berkesan tidak boleh diterima, hanya kerana AS telah menggunakan veto terhadap apa-apa keputusan yang dianggap tidak menyebelahi Israel.

Kami berpendirian bahawa sudah tiba masanya untuk merubah Majlis Keselamatan PBB dengan membatalkan kuasa veto lima negara anggota tetap di Majlis Keselamatan PBB. 

Kami sangat jengkel dengan penundaan resolusi gencatan senjata hanya kerana setiap kata, diperiksa untuk disesuaikan dengan kehendak Amerika Syarikat. 

Mengubah suai resolusi untuk gencatan senjata pada Majlis Keselamatan PBB hanya untuk memuaskan Amerika Syarikat menunjukkan bagaimana Amerika Syarikat turut bersekongkol dalam pembantaian yang berterusan di Gaza.

Kami mendesak undang-undang kemanusiaan antarabangsa (IHL) harus digunakan untuk memaksa akses kemanusiaan ke Gaza. 

Pelanggaran IHL oleh aparteid Israel harus menjadi asas untuk mendakwa Israel kerana jenayah perang genosid.

Kami tidak melihat sebarang pilihan lain selain daripada campur tangan tentera antarabangsa. 

PM Israel Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa Hamas atau sesiapa yang menyokong Hamas akan dijadi sasaran. Membunuh bayi, kanak-kanak dan wanita kelihatan termasuk sebagai sasaran yang sah.



Sekarang PBB melaporkan bahawa seperempat daripada penduduk Gaza sedang lapar dan kebuluran akan menjadi cabaran utama. Satu daripada empat penduduk di Gaza sedang dalam kelaparan.

Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diadoptasi pada 22 Disember 2023 mengenai syarat-syarat ke arah akses kemanusiaan yang berterusan, tidak menangani isu utama iaitu menghentikan agresi aparteid Israel.

Malah serangan berterusan dilancar oleh aparteid Israel tanpa henti di Gaza yang membunuh beratus-ratus orang ketika resolusi yang ditaja oleh UAE ditangguhkan selama tiga hari, hanya kerana mahu menetapkan keputusan untuk menghentikan perang. 

Yang jelas sokongan Amerika Syarikat tanpa syarat kepada genosid aparteid Israel masih kekal .

Kami mempersoal mengapa Israel tidak boleh didakwa di bawah undang-undang antarabangsa? Mengapa gencatan senjata kekal kelihatan mustahil apabila 153 negara menyokongnya? 

Sebanyak 104 negara telah menaja usul untuk gencatan senjata di UNGA iaitu yang tertinggi pernah berlaku dalam sejarah PBB. 

Ia mengambil masa 76 hari selepas 7 Oktober dan lebih daripada 20,000 kematian dan 60,000 tercedera bagi Majlis Kesatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk mengisytiharkan perkataan "penghentian permusuhan " (cessation of hostilities). Dan ini kerana Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto untuk melindungi aparteid Israel.


Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


17
16
0
13
0

Copy Link: